Siakap Keli
Caption

Surat Jemputan Bahasa Melayu, Lampiran Dua Bahasa Lain – Exco

JOHOR BAHRU, 25 Sept (Bernama) — Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi Negeri Tan Hong Pin menjelaskan surat jemputan rasmi oleh seorang Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dibuat dalam bahasa Melayu dan dilampirkan dalam dua bahasa lain.

“Surat rasmi yang dikeluarkan oleh Ahli Majlis berkenaan ialah dalam Bahasa Melayu dan dilampirkan dengan bahasa dwibahasa (Bahasa Mandarin dan Bahasa Inggeris) tanpa meletak nombor rujukan.

“Tujuan surat itu adalah untuk memaklumkan mungkin dalam kalangan penduduk yang tidak fasih Bahasa Melayu untuk menyertai Perbincangan Penghadang Jalan antara Jalan Jaya Mas 1/2 dan Jalan Silat Cetak 2,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Beliau bagaimanapun  mengakui berdasarkan Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah Bahasa Melayu, justeru, sebarang surat rasmi mesti dalam Bahasa Melayu.

Tan berkata, beliau mendukung kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang perlu sentiasa dihormati dan  selepas berbincang dengan ahli majlis itu, mendapati beliau tidak mempunyai niat untuk mencabar kedudukan bahasa kebangsaan.

Sumber : BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di