Siakap Keli

(Video) Rahsia Wanita Ini Akhirnya Terbongkar, 5 Tahun Simpan Mayat Bayi Dalam Lokar Duit Syiling

Polis Tokyo menahan seorang wanita berusia 49 tahun pada hari Selasa selepas dia dilaporkan mengaku membuang bayinya yang meninggal dunia ketika dilahirkan di dalam lokar syiling dan menyimpannya selama 5 tahun.

Menurut polis, “Suspek meninggalkan mayat bayi itu sejak beberapa tahun lalu di dalam lokar berhampiran Stesen Uguisudani.”

“Saya panik melahirkan bayi yang tidak bernyawa itu dan tak tahu apa yang perlu dilakukan sebab kami tidak boleh membuangnya sesuka hati.”

Wanita tersebut difahamkan sengaja meninggalkan kunci lokar dengan harapan akan ada orang lain menemuikan bayi terbabit.

Sumber: Japan Times

Nur Farra