Siakap Keli
Gambar Hiasan

Wanita Ditemui Mati, Anak Kritikal Dalam Bilik Hotel

Seorang wanita ditemui mati manakala anak lelakinya berusia 10 tahun dalam keadaan kritikal dipercayai akibat dadah di sebuah hotel, di Jalan Macalister, di George Town semalam.

Lim Bee Tin, 28, dan anak lelakinya Ong Chee Khai, 10, ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah bilik pada pukul 3.30 petang apabila seorang pekerja hotel memecahkan pintu bilik yang dihuni wanita itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata berdasarkan keterangan pihak hotel, wanita yang berasal dari Ayer Itam dan anaknya itu mendaftar masuk pada pukul 11 pagi kelmarin dan sepatutnya keluar pada pukul 12 tengah semalam.

“Bagaimanapun sehingga pukul 2 petang wanita yang bekerja sebagai jurujual itu tidak mendaftar keluar menyebabkan pekerja hotel memanggil wanita itu dibiliknya namun tiada jawapan.

“Apabila tiada jawapan, pekerja hotel memecahkan pintu bilik dan mendapati dua beranak itu dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas katil. Tiada sebarang kesan kecederaan,” katanya.

Che Zaimani berkata pihak hotel menghubungi ambulans dan pasukan perubatan mendapati wanita itu telah mati manakala anaknya masih hidup namun dalam keadaan kritikal. Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Beliau berkata hasil pemeriksaan dalam bilik hotel itu menemui sisa kayu arang yang dipercayai dibakar dengan sejenis dadah oleh wanita itu dan bilik itu berbau asap.

“Dari kesan arang yang dijumpai, kemungkinan mangsa membakar sejenis dadah dan terlebih dos… walaubagaimanapun ia akan tentukan melalui ujian kimia dan bedah siasat,” katanya.

– Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.