Siakap Keli

”Lepas Tunjuk ‘Benda’ Tu Kat Anak, Dia Ikut Kami Lagi,” Ibu Luah Geram Anak Jadi Mangsa Pedofilia Di Tempat Awam

Pedofilia ialah masalah besar yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Individu dewasa tertarik secara seksual dengan kanak-kanak hingga terjadinya kes cabul dan rogol seperti yang dilaporkan media membimbangkan ramai ibu bapa. Lebih teruk, golongan ini sudah semakin berani secara terang-terangan melakukan perbuatan keji ini di tempat awam!

Terbaru, seperti perkongsian daripada seorang wanita yang geram apabila anak-anaknya yang diganggu secara seksual oleh seorang lelaki di sebuah pasaraya. Tak cukup dengan itu, lelaki ini juga cuba mencari kesempatan lain dengan berani mengikuti mereka. Bayangkan, jika kanak-kanak yang berusia awal remaja ini dibiarkan keluar bersendirian, apa yang akan berlaku?

Ikuti perkongsiannya seperti di bawah. Jadikan pengajaran kepada semua ibu bapa di luar sana agar lebih berhati-hati kerana golongan ini semakin berani bertindak.

Selalu dengar dan baca je pasal pedophile hari ni terjumpa seekor kat pasaraya Seri Kembangan (sebelah pasar borong)!!

Dia tunjuk punai (penis) dia kat anak lelaki saya berumur 12 tahun dan anak dara dan seorang lagi kawan anak perempuan umur 16 tahun.. Mula-mula bila anak bagitau saya macam ni “mummy kitaorang jumpa orang gila,” saya terus marah dan sound balik.. eh korang ni orang gila mende? tak elok cakap macam tu..

Then anak lelaki saya darjah 6 terus cakap bukan gila macam tu.. gila lain! Dia tunjuk k*te dia kat kitorang! Bila anak-anak bagitau saya terus pergi kaunter inform pihak pasaraya dan bayar barang-barang. Bila dia nampak anak-anak datang dekat saya.. dia lari..

So nak tunjuk dia kat staff pasaraya pun tak boleh sebab tiba-tiba dia menghilangkan diri.. Tapi tak habis situ kita pergi DIY dia ikut lagi.. Serious! Anak-ank terus panggil bagitau itu org yang tunjuk k*te, kata diorang.. saya tanya 2 3 kali betul ke? Ye betul..

Kita sempat ambik gambar dan terus berambus dari situ.. keluar dari diy kami terus pegi ke kereta.. Pesananan dekat parents.. Jangan sesekali biar anak-ank keluar tanpa ditemani kita orang dewasa. Orang gila ada kat mana-mana..

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.