Siakap Keli
Gambar Hiasan

Masyarakat Sudah Tidak Pedulikan Tarian Barong Dan Kini Hampir Pupus Ditelan Zaman

Kebudayaan mempunyai hubungan yang sangat erat dengan masyarakat. Tetapi masihkah masyarakat menitikberatkan tarian seperti tarian barong di Johor? Pasti ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan seni warisan berunsur tarian teater itu.

Tarian Barong diperkenalkan oleh masyarakat Melayu Jawa dari daerah Ponorogo dan Jawa Timur yang menetap di beberapa daerah di Johor sejak zaman turun-temurun lagi. Seni warisan yang dibawa oleh masyarakat etnik Jawa, Indonesia itu masih dipersembahkan antaranya di daerah Batu Pahat, Muar dan Pontian.

Menurut sejarah tarian ini menceritakan tentang kisah pada zaman Nabi Sulaiman dengan binatang-binatang yang boleh bercakap. Pada zahirnya tarian barong ini mempunyai unsur pemujaan.

Tarian Barong ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu barongan dan putera raja serta pelawak dan putera raja. Penari yang memegang watak barongan akan memakai topeng harimau. Alat-alat muzik yang digunakan ialah gong, gendang dan angklung.

Ia dipercayai berkembang di Malaysia sekitar tahun 1722 apabila berlakunya penghijrahan, para abdi dari Kerajaan Riau-Lingga yang telah hancur. Mereka kemudiannya mengembangkan pelbagai kebudayaan Melayu yang diamalkan oleh masyarakat Jawa di Negeri Johor.

Ceritatera tarian ini dipermainkan

Seekor harimau telah terlihat seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya. Apabila terpandang harimau, merak pun melompat di atas kepala harimau dan keduanya terus menari. Tiba-tiba Pamong (Juru Iring) bernama Garong yang mengiringi Puteri Raja yang sedang menunggang kuda lalu di kawasan itu. Pamong lalu turun dari kudanya dan menari bersama-sama binatang tadi.

Sumber : orangjohor.com

Sejarah Tarian Barong di Indonesia

Barong adalah watak dalam mitologi Bali, Indonesia. Dia adalah raja roh, pemimpin tuan yang baik, dan musuh Rangda dalam tradisi mitologi Bali. Banas Pati Rajah adalah saudara & saudara yang keempat atau anak roh yang mengiringi anak sepanjang hidup. Banas Pati Rajah adalah semangat yang menggerakkan Barong. Semangat pelindung diwakili oleh singa dan persembahan tradisional perjuangannya melawan Rangda adalah bahagian-bahagian budaya Bali yang popular. Tarian Barong sering digambarkan dengan dua ekor monyet.

Kesenian Barong merupakan salah satu seni rakyat yang sangat popular di kalangan masyarakat Blora, terutama masyarakat luar bandar. Dalam seni Barong mencerminkan ciri-ciri masyarakat Blora, seperti sifat spontan, kekerabatan, kesederhanaan, kasar, keras, padat, dan keberanian berdasarkan kebenaran.

Barongan adalah suatu kelengkapan yang dibuat menyerupai Singo barong atau singa besar sebagai penguasa hutan tebal yang sangat luas. Seperti di Johor, barongan itu adalah seekor harimau yang berani.

Tarian ini berbentuk tarian berkelompok yang menirukan gerak seekor singa yang perkasa. Singa ini berperanan sebagai tokoh yang dominan di dalam hutan.

Barong ini mungkin tarian paling terkenal di Indonesia. Ia juga satu lagi tarian menari, menceritakan perjuangan antara baik dan jahat. Tarian ini merupakan contoh cerita klasik oleh penduduk Jawa Tengah di Indonesia.

Sejarah Tarian Barong di Malaysia

Kesenian Reog atau lebih dikenali sebagai Barongan di daerah batu Pahat mula diperkenalkan kepada penduduk pada tahun 1901khusunya di kawasan mukim XI oleh Saikon Kentos.

Kehadiran beliau dari daerah Ponogoro, Jawa Tengah ke Batu Pahat telah mencipta nama sebuah kampung di Batu Pahat. Nama Kampung Perpat itu berasal daripada perkataan Jawa yang membawa maksud berbagai-bagai-bagai kaum.

Selain masyarakat Jawa, ada juga masyarakat lain seperti Bugis, Banjar dan Melayu. Hal ini menyebabkan tarian Barong itu disebarkan kerana majoriti penduduk di situ orang keturunan Jawa Tengah. Selain tarian Barong ini, di kampung itu juga terkenal dengan tarian wayang kulit dan kuda kepang.

Tarian kuda kepang dipercayai merupakan sebahagian daripada persembahan Barongan pada dahulunya, namun kini telah dilakukan secara berasingan. Mayarakat Jawa membuka penempatan baharu di daerah lain melalui penghijrahan secara langsung ia membawa cara hidup dan adat resam serta kebudayaan asalnya.

Dalam hubungan itu, tarian ini didatangkan daripada orang-orang Jawa sendiri dan bukan dicipta setelah mereka menetap di Johor. Sedangkan gamelan yang merupakan sebahagian dari peralatan Reog tiba di Johor melalui pendatang-pendatang Jawa berikutan dengan keperluan peningkatan pekerjaan sempena pembukaan tanah-tanah pertanian di Johor pada awal abad 20.

Setiap kampung dipercayai mempunyai penunggu dan wajar meminta kebenaran darinya sebelum persembahan Barongan dimulakan. Setiap sajen mengandungi pisang raja satu ikat, kelapa kundil atau yang sudah dikupas sabutnya, beras satu cupak, ayam panggang satu ekor, kemenyan, minyak wangi, rokok, mancis dan cok bakal. Semenjak keyakinan kepada ajaran Islam para penghijrah sudah mulai menguat, ritual sajen dalam persembahan Reog atau Barongan di Batu Pahat digantikan dengan membaca selawat. Ritual sajen dilenyapkan setelah para pemain Reog diyakinkan bahawa sajen bertentangan dengan ajaran agama Islam. Sehingga kini, ritual sajen tidak pernah dilakukan dalam persembahan Reog atau Barongan di Batu Pahat.

Persembahan Reyog atau Barongan mengambil masa dalam 45 minit hingga 1 jam dan dibahagikan menjadi tiga peringkat: Dua orang penari kuda (jathilan), satu penari Singa Barong dan satu penari Bujang Ganong.

Semua elemen budaya yang ada dalam kesenian Reog atau barongan digerakkan secara aktif oleh masyarakat Jawa Ponorogo di Batu Pahat, terutama di Parit Baru dan Parit Bingan. Kumpulan Reog di Batu Pahat juga dalam persembahan juga menggunakan peralatan muzik tradisional yang biasa disebut gamelan.

Selain itu para ahli kumpulan juga boleh menggayakan watak Warok, satu karakter pahlawan masyarakat Jawa Ponorogo di Jawa Timur. Kesenian Reog diteruskan tanpa ada sebarang perubahan dalam paluan muzik dan iramanya. Ia menunjukkan bahawa masyarakat Jawa Ponorogo di negara ini bukan sekadar membawa masuk tarian, malah muziknya sekali. Alat gamelan seperti genang, gong, tipung, angklung dan kenong juga sama seperti di Jawa, Indonesia.

Berat kepala harimau yang menjadi unsur utama kesenian Barongan di Batu Pahat juga mengalami penyesuaian antara 15-20 kg, namun di Ponorogo, Jawa Timur beratnya mencapai 60 kg sehingga tak semua orang boleh ikut memainkan. Terdapat juga peserta tarian Barongan yang ke’surupan’ atau disampuk makhluk halus ketika memainkan upacara Barongan ini.

Sehingga kini tarian ini masih dimainkan di upacara majlis kahwin di perkampungan Batu Pahat dan kampung yang didiami oleh orang keturunan Jawa walaupun hampir dilupakan oleh masyarakat Melayu di Malaysia ini.

 

Rujukan

  1. http://www.bernama.com/bm/rencana/news.php?id=1644998
  2. http://dedjoem.com/kesenian-barong-jawa-tengah/
  3. https://www.youtube.com/watch?time_continue=5&v=cmk92z4icTg
  4. https://www.goodnewsfromindonesia.id/2017/04/08/tarian-barong-rampog-ajarkan-manusia-selaras-dengan-alam
  5. https://www.orangjohor.com/sejarah-dan-asal-usul-seni-warisan-barongan-reog-ponorogo-di-johor-warisan-asli-keturunan-jawa.html  

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang