Siakap Keli
Gambar : Anastasia Gruzdeva

(Video)Oymyakon, Kampung Paling Sejuk Di Dunia, Bagaimanakah Keadaannya?

Oymyakon, sebuah kawasan terpencil di Siberia, cuaca sejuk bukanlah satu perkara yang boleh dpandang remeh.

Bulu mata yang membeku, masalah penyakit frostbite yang sentiasa mengancam nyawa dan kenderaan penduduknya sentiasa dihidupkan walaupun tidak diguna.

Oymyakon adalah sebuah kampung lain daripada yang lain. Dihuni sekitar 500 orang penduduk berbangsa Rusia, reputasinya dikagumi kerana diangkat sebagai sebuah perkampungan paling sejuk di dunia yang didiami oleh manusia secara tetap.

Gambar : The Arcanist

Reputasi tersebut bukan diperolehi dengan mudah. Pada tahun 2016, sebuah termometer canggih yang diletakkan di kampung berkenaan untuk membaca suhu pecah dengan sendirinya ketika bacaan menunjukkan suhu paling rendah pada -66 darjah celcius. Kalau anda merasakan itu sudah cukup sejuk, percayalah pada tahun 2013, kampung ini pernah mencatat bacaan suhu serendah -72 darjah celcius.

Apa yang anda akan buat jika suhu sejuk serendah itu? Di Malaysia, jika anda ingin menikmati rasa nyaman dan sejuk, pergilah ke kawasan tinggi seperti Cameron Highland. Tetapi Oymyakon, suhu serendah itu bermakna mereka terpaksa melalui kehidupan harian seperti biasa. Sekolah dibuka setiap hari kecuali pada hari Khamis. Sekolah hanya ditutup apabila suhu lebih rendah daripada -40 darjah celcius sahaja.

Sudahla sejuk, apabila musim sejuk menjelma, orang-orang kampung Oymyakon perlu melalui tempoh malam yang sangat panjang dan kejam, 21 jam. Bayangkan, apa yang ada boleh buat dengan 3 jam siang?

Gambar : Contento Days

Tetapi, kerana keunikkan kampung ini, dan kemampuan penduduknya untuk bertahan dalam suhu ekstrem tanpa berpindah, malah makin bertambah saiznya, membuatkan komuniti-komuniti sains begitu kagum dengan orang-orang disana.

Salah seorang yang cuba menyelami kehidupan orang-orang Oymyakon dan cuba merasai sendiri suasana tinggal dalam suhu subzero adalah seorang jurugambar bebas, Amos Chapple yang berasal daripada New Zealand. Lelaki berjiwa kental ini menjelajah ke kawasan berkenaan pada tahun 2015 dan berkongsi pengalamannya di sana.

Untuk sampai ke Oymyakon yang terletak berhampiran dengan Bulatan Artik berbanding dengan bandar terdekatnya, iaitu kira-kira 500 batu, Amos memberitahu dia terpaksa mengambil penerbangan selama tujuh jam daripada Moscow dengan jarak 3,300 batu. Tidak cukup dengan itu, dia terpaksa memandu selama dua hari untuk menuju ke sana.

Gambar : News.com.au

”Selepas beberapa hari disana, saya mula merasa kesannya walaupun hanya untuk berjalan-jalan di luar rumah beberapa jam,” kata Amos.

Cuaca sejuk Oymyakon mengganggu hampir semua aspek kehidupan orang-orangnya. Bagi memastikan mereka mampu untuk bertahan dengan kondisi di luar batas normal berkenaan, makanan yang tepat adalah antara jawapannya. Untuk itu, orang-orang Oymyakon mengamalkan diet berasaskan daging yang disediakan secara mentah dan juga dimasak. Salah satu puncanya mereka bergantung kepada diet berasaskan daging adalah tanah Oymyakon yang terlalu sejuk menyebabkan tanaman seperti bijirin mustahil untuk ditanam.

Yang uniknya, setiap daerah di Oymyakon mempunyai kepakaran yang tersendiri untuk menghasilkan makanan tertentu. Ada penduduknya mahir dalam menyediakan juadah stroganina mentah dan ada juga mahir menyediakan ikan beku yang dipotong nipis. Antara kepakaran-kepakaran yang lain adalah menyediakan juadah berasaskan daging rusa, hati kuda beku, dan ais beku berasaskan darah kuda dengan makaroni.

Gambar : Yakutia Travel

”Orang-orang Yakut (salah satu kawasan) suka makanan sejuk seperti ikan mentah beku Artik (salmon putih dan ikan putih) dan hati kuda beku yang dianggap sebagai makanan yang sangat lazat,” kata penduduk tempatan, Bolot Bochkarev .

”Dalam kehidupan harian, kami suka untuk menikmati sup daging. Ya, daging adalah satu bahan yang wajib dalam masakan kami. Ia membantu kami mendapatkan tubuh badan yang sihat,” katanya lagi.

Untuk mendapatkan bahan mentah, orang-orang Oymyakon akan berkunjung ke sebuah pasar basah (tidaklah begitu basah) yang dibuka ketika musim sejuk tundra. Ikan-ikan dijual dalam keadaan beku yang hanya dibiar begitu sahaja. Di atas kotak dan tidak perlu menggunakan peti sejuk untuk memelihara kesegarannya. Suasananya seperti pasar biasa, bezanya cuama cuaca.

Gambar : DeMilked

Pada era 20-30an, Oymyakon berfungsi sebagai tempat perhentian untuk penternak-penternak rusa artik untuk mendapatkan bekalan air ketika musim bunga yang tidaklah terlalu sejuk. Pada hari ini, semua kemudahan bilik air dibina di luar rumah disebabkan tanah terlalu sejuk untuk dibina batang paip. Malah, mereka terpaksa memanaskan terlebih dahulu mana-mana kawasan tanah sekiranya mahu digali, misalnya mengorek kubur.

Ujar Amol lagi, dia mendapati bahawa tidak mudah untuk menjelajah ke kawasan Oymyakos terutamanya jika anda berhajat untuk terserempak dan berbual dengan penduduknya di tepi jalan. Penduduknya suka bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain bagi memastikan badan kekal hangat. Bergantung pada suhu, mereka yang terpaksa bekerja di luar akan mengambil masa berehat setiap 20 minit dan mengambil minuman beralkohol untuk memastikan badan kekal hangat.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=LJXYPiG5hLk]

 

Sumber : The Washington Post

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.