Siakap Keli

Gugur Lagi Air Mata Ellie Suriati Saat Lihat Najib Dan Rosmah Di Mahkamah

Sebuah portal berita tempatan sebentar tadi memuat naik satu video di Youtube yang memperlihatkan seorang artis tanah air, Ellie Suriati tidak dapat menahan sebak saat melihat bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (DSN) dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor di perkarangan mahkamah.

Mantan Perdana Menteri dan isterinya ketika ini berhadapan dengan beberapa pertuduhan yang didakwa berlaku disepanjang tempoh pemerintahan DSN sebelum ini.

Ellie sebelum itu yang dilihat sedang menangis cuba ditenangkan oleh seorang wanita berbaju putih dipercayai kenalan rapatnya.

”Saya rasa sangat tersentuh kerana mereka (DSN dan isteri) adalah orang yang baik. DSN adalah bekas Perdana Menteri kita, PM yang keenam. Beliau seorang pemimpin yang ikonik untuk negara ini,” katanya.

Melalui temubual bersama wartawan portal berita berkenaan juga, Ellie berpendapat DSN sebelum ini telah menabur bakti sepenuhnya dan membawa negara ini ke tahap yang lebih tinggi.

”Kebijaksanaannya dalam ekonomi turut diiktiraf oleh Bank Dunia. Ia sesuatu yang tak boleh disembunyikan. Walaupun mereka cuba memutarbelit cerita dengan memberitahu hutang negara mencecah 1 trilion atau apa sahaja, mereka tetap tidak boleh sembunyikan faktanya.

”Beliau antara Perdana Menteri Malaysia yang bijak, dan antara yang terbaik dalam bidang ekonomi dalam kalangan negara Asia,” katanya lagi.

Ellie kemudian bertanya mengapa DSN dilayan sebegitu rupa sedangkan beliau sudahpun memberikan khidmat yang terbaik kepada negara.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=olgdT8OUGOI]

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.