Siakap Keli
Gambar : Bernama

Islam Tak Ajar Ceroboh Kediaman, Privasi Individu – Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Islam tidak mengajar umatnya melaksanakan penguatkuasaan undang-undang secara keterlaluan hingga menceroboh kediaman dan privasi individu di tengah malam.

Perdana menteri berkata sebaliknya Islam adalah sebuah agama yang mengutamakan dan mementingkan hak asasi manusia sejagat.

“Islam tidak suruh kita pergi cari salah orang sampai kerabat (ceroboh) rumah orang lain, itu bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada sumber selepas merasmikan “Persidangan Penuaan, Pembelajaran dan Teknologi : Meningkatkan Kehidupan, Menghubungkan Komuniti”  hari ini.

Turut hadir isteri perdana menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Presiden Persatuan Media Era Ketiga Cheah Tuck Wing selaku penganjur program.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, yang berkata pihak berkuasa agama tidak akan lagi mengetuk dan memecahkan pintu pada waktu malam bagi menyiasat atau melaksanakan operasi khalwat.

Sumber : Bernama

Baca : Isu Khalwat : Mufti Terkejut, PU Syed Desak Mujahid Untuk Letak Jawatan

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.