Siakap Keli

Tokoh Agama Tan Sri Hassan Azhari Meninggal Dunia

Tokoh agama Tan Sri Hassan Azhari, 91, meninggal dunia akibat kanser limfoma kira-kira 5 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur.

Anaknya, Tan Sri Musa Hassan ketika dihubungi sumber berkata bapanya sudah menerima rawatan di hospital berkenaan sejak dua minggu lepas.

“Kami sedang menguruskan jenazah dan masih di hospital. Lokasi pengebumian belum diputuskan lagi,” katanya.

Hassan merupakan seorang tokoh yang terkenal dalam bidang tilawah Al-Quran di negara ini, dan sering menganggotai panel hakim musabaqah al-quran peringkat antarbangsa.

Beliau merupakan individu yang melaungkan azan semasa kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.

Beliau juga pernah menjadi pengajar di rancangan Muqaddam selama lapan tahun di saluran televisyen RTM pada 1970-an.

Sumber : BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.