Siakap Keli

Chong Wei Pulang Ke Tanah Air Hari Ini – Presiden BAM

Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei akan kembali ke tanah air esok selepas menjalani rawatan perubatan untuk kanser hidung tahap awal di Taiwan, demikian disahkan oleh Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

“Saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa Chong Wei telah diberi kebenaran oleh pasukan perubatannya untuk pulang ke Kuala Lumpur esok (hari ini).

Semalam, Mohamad Norza mengumumkan pemain nombor lima dunia itu akan terus berada di Taiwan untuk membolehkan doktor memantau perkembangannya sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia.

“Merujuk kepada laporan berita berhubung kepulangan Chong Wei dari Taiwan, saya telah bercakap dengan legenda badminton Malaysia berusia 36 tahun itu pada Rabu, dan pada ketika itu beliau belum mendapat pelepasan perubatan,” katanya.

Beberapa media tempatan sebelum ini melaporkan Chong Wei akan pulang ke tanah air Ahad ini. – BERNAMA

Nur Farra