Siakap Keli

”Agama Adalah Nombor 1, Bukan Sukan”, Khabib Pernah Tolak Tawaran Lumayan Kerana Mahu Tumpu Ibadah Di Bulan Ramadan

Ketika ini, masa depan Khabib Nurmagomedov di UFC masih lagi samar, sama ada kejuarannya bakal ditarik balik, wang kemenangan USD 2 juta yang ditahan, kemungkinan visa dia dan ayahnya ke Amerika Syarikat dibatalkan, hukuman jenayah dan perlawanan semula dengan McGregor, masih belum dapat dipastikan.

Namun satu yang pasti mengenai Khabib, jika diukur dengan kemarahan dan tindakan semalam, agama dan keluarga adalah perkara terpenting dalam hidupnya. Apakah dia tidak tahu tindakannya boleh menyebabkan kemenangannya dibatalkan? Tidak mungkin. Tetapi siapa peduli, jika agama diperlecehkan.

Nama Khabib tiba-tiba menjadi sebutan dunia. Pelbagai perkongsian mengenai dirinya dibuat oleh netizen. Jika anda seperti kami, tiba-tiba juga mengikuti perkembangan Khabib melalui media sosial. Satu sisi menarik mengenainya, beliau selalu memuat naik status berkaitan dengan agama Islam.

Dalam satu sidang media selepas perlawanan, Khabib turut menjelaskan bahawa media dan orang ramai tidak boleh bercakap mengenai agama, keluarga dan negaranya. Kerana tiga perkara tersebut adalah perkara terpenting dalam hidupnya.

”Bagi saya, agama adalah perkara yang paling penting. Bukan sukan. Kita jangan tinggalkan solat dan sentiasa berhubung dengan Tuhan.

”Saya tidak mahu bertarung di sepanjang Ramadan. Saya mahu tumpukan kepada ibadah. Itu lebih penting,” kata Khabib sebelum ini.

Atas alasan itulah, Khabib yang ketika ini memegang rekod 27-0, satu rekod yang jarang-jarang dicipta oleh pertarung lain, telah menolak pertarungan UFC 224 kerana menghormati Ramadan, Mei yang lalu.

‘Tarik dirinya’ itu tidak membuatkan beliau kelihatan lemah kerana sebelum ini dalam UFC 223, beliau sudah membuktikan kejaguhannya apabila menumbangkan Al Iaquinta dalam gelanggang di Brooklyn, sebulan sebelumnya.

Kami kongsikan dengan anda beberapa muat naik di Instagram Khabib untuk anda menilai sendiri siapa dirinya yang sebenar.

https://www.instagram.com/p/BnhbuUgHSF7/?utm_source=ig_web_copy_link

https://www.instagram.com/p/BnA1kAZnD43/?utm_source=ig_web_copy_link

Khabib melalui kapsyennya meletakkan pengharapan yang begitu tinggi kepada Allah. Katanya, dengan bantuan Allah barulah manusia boleh menyelesaikan semua masalah. Justeru katanya, manusia harus sentiasa menjaga hubungan dengan Tuhan, sekiranya terputus, manusia hilang segalanya.

https://www.instagram.com/p/BmDPvXTHorf/?utm_source=ig_web_copy_link

https://www.instagram.com/p/BjK_h3-Bwyq/?utm_source=ig_web_copy_link

https://www.instagram.com/p/BjEvdY-l_aL/?utm_source=ig_web_copy_link

Dan banyak lagi perkongsiannya mengenai agama. Baik di Twitter mahupun Instagram. Tabik Khabib. We love you.

BACA : Provokasi Melampau Dan Tawar Arak Antara Punca Khabib Serang ‘Penonton’ Lepas Tumbangkan McGregor

BACA : (Video)”Saya Tidak Gembira, Amaran Sudah Diberi”, Ayah Khabib Bersuara Mengenai Tindakan ‘Luar Batas’ Anaknya

Sumber : Instagram Khabib

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.