Siakap Keli

(Video)”Saya Tidak Gembira, Amaran Sudah Diberi”, Ayah Khabib Bersuara Mengenai Tindakan ‘Luar Batas’ Anaknya

”Saya akan menjadi sangat tegas dalam hal ini. Saya beri amaran padanya sebelum ini. Disiplin adalah perkara yang mustahak. Buat apa sahaja yang kamu mahu di dalam Octagon (gelanggang) tetapi diluar, ada orang awam, ada kanak-kanak dan wanita. Di luar Octagon, sepatutnya menjadi kawasan yang aman.”

Itulah kenyataan yang keluar daripada ayah juara ‘tertangguh’, Khabib, Abdulmanap Nurmagomedov ketika diajukan soalan oleh wartawan mengenai tindakan ‘berani’ Khabib selepas menumbangkan McGregor dalam pusingan keempat UFC 229 semalam.

Dalam kekecohan yang berlaku selepas tamat pertarungan tersebut, Khabib dirakam kamera berada dalam keadaan berang, dipercayai ‘berdendam’ dengan provokasi melampau McGregor dan pasukannya termasuklah penghinaan terhadapa agama, keluarga dan negaranya.

Khabib juga dilihat melompat keluar daripada Octagon dan menyerang jurulatih jujitsu McGregor, Dillon Danis yang juga seorang pertarung Bellator. Tidak cukup itu, polis turut menahan tiga ahli pasukan Khabib yang menyerang McGregor di dalam gelanggang, biarpun media mendakwa McGregor terlebih dahulu menumbuk muka sepupu Khabib. Kesemuanya sudah dibebaskan tanpa sebarang pendakwaan.

Tindakan Khabib biarpun dipuji oleh beberapa pihak, namun mendatangkan kemarahan kepada Presiden UFC sendiri, Dana White apabila arena yang dipenuhi penonton mengejek Khabib dan pasukannya.

Malah, bekas atlet MMA, Michael Bisping berpendapat Khabib dalam masalah yang besar berbanding McGregor. Katanya, Khabib mungkin berhadapan dengan tuduhan jenayah dan paling teruk, visanya juga mungkin boleh ditarik balik.

Biarpun semuanya dimulakan oleh McGregor, sejak April lagi di New York apabila dia dan pasukannya menyerang kenderaan yang dinaiki Khabib dan pertarung-pertarung UFC yang lain. Selaing itu, McGregor juga biadap apabila menawarkan arak kepada Khabib dalam satu sidang media, biarpun mengetahui Khabib seorang Muslim. Tidak cukup dengan itu, McGregor juga bertindak keterlaluan dengan menghina ayahnya serta asal-usul Khabib.

Khabib dalam sidang media selepas perlawanan telahpun membuat permohonan maaf dalam insiden berkenaan dan memberi penjelasan atas tindakan luar biasanya semalam.

”Saya tidak faham kenapa media bercakap mengenai insiden saya melompat keluar daripada gelanggang sahaja. Tetapi diam apabila dia (McGregor) bercakap mengenai agama, negara dan ayah saya.

”Dia datang ke Brooklyn dan menyerang bas kami. Hampir membunuh beberapa orang. Tetapi tiada siapa yang kisah, dan mereka terus bercakap mengenai insiden semalam.

”Saya menghormati lawan. Itu yang diajar oleh ayah saya. Rakan latihan saya di California selama tujuh tahun, mengenali diri saya. Saya mahu katakan sesuatu, media telah mengubah sukan ini. MMA sepatutnya sebuah sukan yang sangat dihormati.

”Ia bukan sebuah sukan untuk orang bercakap mengenai perkara yang bukan-bukan. Saya mahu mengubah sukan ini, saya tidak mahu orang bercakap perkara-perkara yang tidak perlu. Lawan mengherdik ayah lawan satu lagi, menghina agama dan negara.

”Kamu tidak boleh bercakap mengenainya kerana bagi saya, semua perkara tersebut adalah sangat penting.”

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=61FRFwOehNI]

 

BACA : Provokasi Melampau Dan Tawar Arak Antara Punca Khabib Serang ‘Penonton’ Lepas Tumbangkan McGregor

BACA : ”Agama Adalah Nombor 1, Bukan Sukan”, Khabib Pernah Tolak Tawaran Lumayan Kerana Mahu Tumpu Ibadah Di Bulan Ramadan

Sumber : The Sun

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.