Siakap Keli

Dah Makan Separuh Ayam Baru Perasan Penuh Telur Lalat, Gadis Kecewa Restoran Makanan Segera Tak Prihatin Kebersihan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kalau tinggal sisa makanan lama-lama dekat dapaur, mesti ada banyak je lalat yang datang, mula hurung tong sampah, yang mana buatkan kita sendiri tidak selesa untuk duduk kat dapur lama-lama, sama ada nak masak atau membasuh pinggan kotor.

Bukan itu sahaja, kalau waktu kenduri pun, kadang-kadang ada lalat yang mula nak hinggap di meja makan, atau kawasan tempat kumpul pinggan kotor. Ini sedikit sebanyak buatkan tetamu tidak selesa.

Tapi, lain pula ceritanya daripada gadis ini yang termakan telur lalat di salah sebuah restoran makanan segera yang terkenal.  Apa yang membuatkan gadis ini lebih ralat, dah makan hampir separuh ayam baru perasan ada longgokan telur ditepi-tepi kulit ayam.

Risiko mendapat keracunan makanan jika memakan makanan yang ada telur lalat ni memang tinggi. Jadi terpaksalah kita buang makanan tersebut. Sayangkan?

Sumber: Felicia Chuah

Nur Farra