Siakap Keli

‘Nama Bapa Dia Baktee Bukan Bakuteh,’ Syed Saddiq Tegur Netizen

Beberapa hari ini tular di media sosial beberapa rakaman video yang memaparkan kekecohan yang berlaku diantara beberapa orang warga emas penduduk kampung dengan YB Norhizam Bin Hassan Baktee, iaitu ADUN Pengkalan Batu, Melaka.

Berdasarkan video yang tular tersebut, kekecohan tersebut berlaku ketika rundingan diadakan diantara penduduk kampung dengan YB Norhizam membabitkan penutupan jalan alternatif di sebuah taman yang sering digunakan oleh penduduk kampung untuk urusan harian.

Ekoran tularnya rakaman video tersebut yang kemudiannya dikongsikan oleh beberapa pihak di media sosial, YB Norhizam teruk dikecam netizen dengan sesetengahnya mendakwa sikap yang ditunjukkan beliau ketika berunding dengan penduduk kampung sebagai keterlalun.

Sementara itu, Syed Saddiq menerusi Twitter miliknya memuatnaik status menegur pengguna sosial media yang dipercayai keterlaluan kerana samakan nama bapa Norhizam dengan perkataan yang tidak sepatutnya.

Kecewa dengan tindakan tersebut, Syed Saddiq menekankan bahawa Adun Pengkalan Batu itu telah pun memohon maaf dan berharap semoga pengguna tersebut belajar untuk merendah diri.

Nur Farra