Siakap Keli

”Di Khemah Kecil Merah Itu Anak Muridku Tidur”, Cikgu Kongsi Kisah Menyayat Hati Kehidupan Pelajarnya Dengan Keluarga

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pernah tak anda merungut bilik anda sempit, tidurnya cuma di atas lantai, tidak berkipas. Anda mahukan bilik yang lebih besar, katil saiz ‘king’, kalau tidak beraircond, paling tidak ada kipas syiling. baru tidur lena, dapat mimpi yang indah dan bila bangun pagi semuanya segar sahaja rasa.

Tapi berapa banyak yang sedar, belik yang sempit itu lebih baik daripada lena di bawah jambatan, tiada tilam itu lebih baik daripada berlantaikan tanah dan tidak berkipas itu lebih baik daripada tidur cuma di dalam khemah. Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang guru, Cik Amaliah Ibrahim ini.

Perkongsiannya walaupun ringkas, tetapi cukup bermakna sebagai satu pesanan untuk kami dan anda di luar sana. Cik Amaliah berkongsi mengenaik keluarga salah seorang pelajarnya yang tinggal di bawah jambatan berumahkan sebuah khemah berwarna merah. Ujar Cik Amaliah sendiri yang turut berksempatan turun menjenguk keluarga pelajarnya itu, kesukaran hidup yang terpaksa dilalui oleh pelajar berkenaan bisa membuatkan sesiapa sahaja mengalirkan air mata.

Apa-apapun jom ikuti perkongsiannya di bawah. Semoga bermanfaat untuk anda.

Dikhemah merah kecil itulah tempat muridku tidur enak diulik mimpi. Sudah beberapa hari tidak hadir ke sekolah. Hari ini kami terjah melalui jalan onak duri lumpur untuk sapai ke destinasi yangg dituju.

Allahuakbar.

Sedih. Sayu. In Sha Allah kami pihak yang bertanggunjawab akan cuba membantu secepat mungkin sediakan tempat yang lebih selamat untuk keluarga ini. Kepada para DERMAWAN diluar sana bolehla menderma untuk meringankan beban keluarga ini.

Update status terkini :

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyumbang sedikit derma bolehlah menyumbang ke akaun mak pelajar tersebut.

Akaun Maybank

Nama pemegang akaun (mak pelajar) : SALBIAH BT HUSSEIN

No. akaun : 1642 7667 3054

Alhamdulillah. Dah follow up Baitulmal Wilayah dan Baitulmal memaklumkan bahawa penempatan akan diselesaikan selewatnya dalam tempoh seminggu.

Dan petang tadi, pihak sekolah telahpun menghulurkan sedikit sumbangan barangan dapur untuk meringankan beban keluarga tersebut.

Terima kasih diatas sumbangan pihak anda semua.

Semoga kita semua dan keluarga terbabit khususnya sentiasa dimurahkan rezeki olehNya. In Sha Allah.

Bagaimanapun, melalui komen-komen yang ditinggalkan di bawah perkongsian Cik Amaliah, ada netizen yang memaklumkan bahawa pihak Jabatan Kebajikkan Masyarakat Wilayah sudahpun menziarahi keluarga ini dan menghulurkan bantuan yang sepatutnya.

Melalui komen berkenaan, pengguna facebook Jumardi Salim T memaklumkan bahawa JKM yang hadir telah memberikan Bantuan Segera dan sedang menyiapkan laporan kelayakkan untuk membolehkan keluarga pelajar berkenaan menerima Bantuan Bulanan.

Sumber : Amaliah Ibrahim

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.