Siakap Keli

Terkini: Hujan Lebat Punca Tanah Runtuh Di Cameron Highlands, 3 Warga Myanmar Terkorban

Tiga warga Myanmar, dua wanita dan seorang lelaki terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands pagi tadi.

Kejadian tersebut telah berlaku di bahagian atas tebing jalan sehingga menyebabkan tanah menimbus rumah mangsa ketika hujan lebat.

Timbalan Pengarah Jambatan Bomba dan Penyelamat, Mohd Sani memberitahu pihaknya mendapat berita tersebut pada pagi tadi dan bergegas ke tempat kejadian bagi usaha menyelamat mangsa.

Mangsa ditemui 30 meter daripada tapak rumah dan seramai 15 anggota turun padang dalam usaha mencari dan menyelamat.

Sumber: Buletin TV3

Nur Farra