Siakap Keli

“Ha Boh La Dulu,’’ Video Ini Boleh Hiburkan Hari Korang

Kalau orang datang ke rumah, dari turun-temurun lagi kita mesti akan hidangkan teh. Umpama air teh ni memang sinonim lah untuk dihidangkan kepada tetamu yang bertandang. Bubuh je teh atas meja tu, makan pula dengan pisang goreng panas waktu petang. Berebut sorang sedikit sambil hirup teh panas, memang umphhh. Nikmat berkongsi tu sampai tak sedar lah dah habis teh satu jug.

Inilah sebenarnya mesej yang ingin disampaikan oleh BOH, dalam video pendek terbaru mereka yang mengisarkan tentang perkongsian saat indah bersama keluarga atau rakan-rakan. Manakan tidak, sejak tahun 1929, BOH sudah sebati dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kalau korang perasan lah, bila tengah lepak sama-sama dengan keluarga atau kawan-kawan sambil pekena teh, masing-masing akan kongsi cerita antara satu sama lain. Tak pun, tengok mak ayah tengah berehat kat rumah, cuba bubuh teh atas meja tu, mesti sejuk hati mereka. 

Tengok kawan dah letih kerja, ajak diorang rehat sekejap pekena teh. Nampak remeh, tapi besar maknanya. Hanya dengan secawan teh BOH mampu mengeratkan kasih sayang, mampu menciptakan pelbagai saat indah!

Aromanya yang wangi dengan rasa teh asli yang sebenar, tak cukup sekali bubuh, mesti nak tambah lagi. Nak pulak, BOH dah ada pelbagai perisa. Dari perisa asli teh sebenar hingga perisa teh hijau pun ada. Tak payah susah cari, tekan je link ini, pilih teh yang korang suka, tunggu delivery sampai ke rumah. Mudah!

Sementara tu, jom layan tiga video kat bawah ni, comfirm boleh hiburkan hari korang yang lesu tu. Penuh sarat dengan mesej tapi rasa kelakar pula tengok abang baju oren tu datang bila dipanggil! Korang kena tengok sampai habis tau, ada satu adegan lelaki tu garang macam singa, lepas kena bubuh sekali, terus dia ketawa tak berhenti!

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.