Siakap Keli

(Video) Memang ‘Gila’, Lelaki Ini Hanya Naik “Skateboard” Jelajah 4 Benua, Kini Sedang Melalui Malaysia

Setiap orang mempunyai impian untuk mengembara ke seluruh dunia, betul? Paling tidak, kalau pun bukan seluruh dunia, setidak-tidaknya mempunyai impian untuk menjejakkan kaki di negara tertentu yang diimpikan. Tapi berapa ramai daripada kita yang sanggup berkorban untuk memenuhi impian diri.

Ada yang sanggup mengumpul wang ringgit untuk memastikan tiket penerbangan dapat dibeli. Ada yang sanggup cut perbelanjaan yang lain semata mahukan semua percutian idaman tidak tertangguh terlalu lama.

Tetapi sanggupkah anda mengembara ke merata dunia seperti yang dilakukan oleh lelaki daripada Amerika Syarikat ini. Video mengenai pengembaraannya mula viral di media sosial susulan perkongsian yang dibuat oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohamad Ridzuan di laman facebooknya.

Menurut Ridzuan, dia bertemu dengan Marko Crt. Williams ini ditepi jalan sebelum memberhentikan kenderaannya untuk bertanyakan sesuatu kepada Marko.

Ujar Ridzuan lagi, ketika bertanya kepada Marko menegnai destinasi yang ingin ditujuinya, Marko memaklumkan bahawa Malaysia adalah destinasi pengembaran ke-17 yang direntasinya dengan hanya menggunakan skatebord tersebut.

Malah, Marko turut menunjukkan keadaan skateboard yang digunakan termasuklah bahagian roda yang telah haus dan perlu diganti dengan kerap. Secara keseluruhan, ujar Marko dia sudahpun menempuh perjalanan sejauh kira 28 ribu kilometer.

Ketika di temui di tepi jalan berkenaan, Marco dalam perjalanan daripada ibu kota Thailand, Bangkok menuju ke Singapura dengan melalui Malaysia. Katanya lagi, perjalanan berkenaan sudahpun memakan masa hampir satu bulan dengan jarak yang sudah dilaluinya adalah 1,200 kilometer.

”Ini adalah impian saya. Saya cuma ada keyakinan tinggi, kerja keras dan dedikasi. Hidup saya sangat ringkas” kata Marko ketika diajukan soalan tujuannya mengembara menggunakan skateboard oleh Ridzuan.

Ridzuan juga nyata kagum dengan semangat yang dimiliki oleh Marko apabila menolak tawarannya untuk ditumpang sehingga satu destinasi yang diinginkannya.

”Saya baik-baik sahaja dengan skateboard ini. Saya anggap ini adalah pekerjaan saya, itu yang saya lakukan” kata Marko.

Berdasarkan perkongsian Ridzuan mengenai butiran akaun Instagram milik Marko, kami kemudian membuat pencarian dan menemui beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh Marko mengenai projek pengembaraannya.

Antara gambar terkini yang dimuat naik olehnya adalah sebuah gambar permandangan di Hong Kong.

View this post on Instagram

LatePost: 9/11/18- On Chai Wan Station to Shek O Beach, HK Island, HK Stretch. Views from walking uphill on street roads leading to hiking trail, then some views also from Hiking Trail, higher you get better the views, the walk/hike always worth the climb. Walking up hill on street road part I fillled water up from a pipe that streamed the water from the mountain's. Sometimes when people think Hong Kong they only think the city/downtown & busy hectic parts, some don't know all it takes sometimes is a walk uphills on street roads lead to hike through woods to other side of amazing cliffs & beach overlooks views. I really enjoyed my time in Hong Kong & the different sections Hong Kong have to offer. ChaiWanStation to ShekObeach CrtSkates

A post shared by CrtSkates:[SkateTrips]:SkateIT (@markocrtwilliams) on

Melalui komen-komen yang ditinggalkan di perkongsian tersebut adalah netizen-netizen daripada Malaysia yang berharap dapat bertemu dengannya satu hari nanti.

Berdasarkan laman Go Fund Me yang dilancarkan olehnya, Mrko menjelaskan siri jelajahnya ke seluruh dunia kepada dua bahagian penjelajahannya. Sebelum ini dia pernah menjelajah berjarak 20116.8 kilometer iaitu merentasi seluruh Amerika Syarikat dengan destinasi akhir adalah di Alaska.

Pada 2017, dia memulakan penjelajahan ke seluruh dunia dan ketika Go Fund Me dilancarkan, Marko memaklumkan sudahpun menjelajah 4 buah benua dan 10 buah negara antaranya adalah Australia, Jepun, beberapa buah negara Eropah antaranya United Kingdom, Perancis, Belanda dan Begium.

Untuk bahagian keduanya pula, Marko memaklumkan bahawa pengembaraannya telah bermula pada April lalu bermula di Amerika Tengah ke Bandar Panama.

Bermula Julai pula, Marko memberitahu dia menjelah Hong Kong dan menjuju ke Bali sebelum beralih ke India. Dalam perjalannya itu, dia turut melalui beberapa buah negara lain antaranya termasuklah Thailand, Singapura dan Malaysia. Dia memilih La Digue, di Pulau Seycelles sebagai destinasi akhir untuk pengembaraannya.

Sumber : Mohamad Ridzuan, Marko Crt William

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.