Siakap Keli

Guna Minyak Wangi Jenama Calvin Klein Vanila Di Perangkap Untuk Tangkap Harimau Ganas

NEW DELHI: Renjer hutan di India dipercayai akan menggunakan minyak wangi Obsession keluaran jenama Calvin Klein untuk memerangkap sang belang yang dipercayai telah membunuh seramai 13 mangsa sejak tahun 2016.

Harimau betina tersebut digelar Avni di Maharashtra dan operasi untuk memburunya yang telah dimulakan sejak sebulan yang lalu bagaimanapun masih menemui jalan buntu selepas pasukan peronda, kamera perangkap inframerah dan gajah gagal menjejaki haiwan pemangsa tersebut.

Menurut laporan yang dipetik dari Dailymail, saintis di Amerika mendapati bahawa pada tahun 2013, bau haruman Obsession For Men itu dapat menarik perhatian harimaun kerana aroma sintetiknya.

“Ia adalah gabungan wangian vanilla yang mencetuskan rasa ingin tahu antara manusia dan haiwan,” jelas Ann Gottlieb yang merupakan salah seorang pereka minyak wangi tersebut.

Minyak wangi tersebut juga difahamkan telah digunakan sebagai ‘senjata rahsia’ untuk memerangkap harimau di Tamil Nadu.

“Ada pihak mencadangkan guna minyak wangi Calvin Klein untuk ‘memikat’ harimau tersebut. Ada pegawai kami telah membelinya dan ia adalah satu daripada eksperimen yang akan kami buat, namun keputusan masih belum diambil,” ujar seorang pegawai perhutanan yang dikenali sebagai AK Mishra.

Sumber: Dailymail

 

 

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar