Siakap Keli

Ibu 23 Hari Terbaring Koma ‘Terjaga’ Selepas Diletakkan Bayinya Di Atas Dada

Kejadian menyentuh hati ini berlaku di Brazil apabila seorang wanita koma dikejutkan dengan bayinya berusia 23 hari sebaik diletakkan di atas dadanya.

Amanda da Silva, 28 tahun dikatakan diserang sawan ketika kandungannya mencecah 37 minggu akibat pertengkaran yang melibatkan dia dan suami.

Susulan insiden itu, para doktor bertugas terpaksa memberi sedatif kepadanya dan bertindak mengeluarkan bayi melalui pembedahan.

Komplikasi yang dialami kedua-dua ibu dan bayi memaksa para doktor membuatkan Silva koma sementara anaknya, Victor, 2.1kg ditempatkan di bawah penjagaan intensif.

Selepas berminggu-minggu tiada tindak balas positif daripada Silva yang masih tidak sedarkan diri, jururawat Fabiola mencadangkan untuk meletakkan Vicotr di dadanya.  Ajaibnya situasi ini, denyut nadi Silva terus berdegup dan air matanya mula mengalir.

Salah seorang pakar berkata, “Kami tak ada jawapan saintifik untuk apa yang berlaku tapi jelas kita boleh lihat bagaimana sentuhan ibu dan anak memberi impak kepada perkembangan antara mereka.”

Sumber: Daily Mail

Nur Farra