Siakap Keli

Saya Minum Air Terus Dari Paip – Menteri

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier memberitahu bahawa kualiti air di Malaysia selamat diminum terus kerana telah melalui proses saringan dan pembersihan loji yang baik.

Menurut beliau, air yang keluar daripada paip secara terus boleh diminum di seluruh Malaysia kerana ia bukan daripada loji.  “Saya minum terus dari paip,” katanya ketika ditanya di Dewan Rakyat semalam.

Tambahnya lagi, air yang dikeluarkan dari loji di seluruh Malaysia adalah selamat untuk diminum.  Katanya, jika ada masalah air, ia bukanlah daripada loji tetapi masalah tempatan.

Syabas sebelum ini dalam portal rasmi turut memberitahu bahawa air daripada paip selamat untuk digunakan.  Pun begitu, jika air bertukar kuning atau coklat, ia menjadi tanggungjawab pengguna untuk memastikan penyelenggaraan perpaipan dalam premis rumah.

Jangka hayat sistem perpaipan adalah bergantung kepada material paip, jika sistem menggunakan besi, jangka hayat yang selamat digunakan adalah antara 5 hingga 10 tahun.  Bagi yang menggunakan high density polythylene (HDPE) atau plastik lebih lama tempohnya antara 15 hingga 20 tahun.

Nur Farra