Siakap Keli

Sila Berlindung Jika Berlaku Fenomena ‘Awan Bergulung’, Boleh Undang Bahaya – Jabatan Meterologi

Gempar pagi tadi apabila fenomena ‘awan bergulung’ berjaya dirakam oleh seorang pengguna facebook dan menjadi tular di media sosial sejak awal pagi tadi.

Susulan itu, Jabatan Meterologi Malaysia menyatakan fenomena awan bergulung itu adalah disebabkan penumpuan angin di kawasan utara Semenanjung.

Menerusi satu portal berita tempatan, dalam satu maklum balas emel yang dihantar Unit Komunikasi Korporat Jabatan Meterologi Malaysia turut menyatakan ‘awan bergulung’  juga dikenali sebagai awan rak atau shelf cloud.

Dalam kenyataan itu menyebut awan rak biasanya terbentuk semasa kejadian garis badai iaitu garisan ribut petir multisel yang bersaiz sehingga beberapa ratus kilometer.

Awan ini akan bergerak serta menyebabkan hujan lebat, angin kencang dan petir serta mempunyai jangka hayat sehingga tempoh beberapa jam lamanya.

Justeru itu, orang ramai yang terlihat awan rak ini dinasihatkan supaya tidak berada di kawasan terbuka dan disarankan untuk berlindung di dalam bangunan yang kukuh.

Selain itu, jauhi struktur tinggi seperti pokok, tiang elektrik dan lain-lain serta struktur tidak kukuh supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.