Siakap Keli

37 Tahun Jemaah Tak Sedar Solat Salah Arah Kiblat Di Masjid Dekat Turki

Istanbul: Setelah hampir 4o tahun solat di sebuah masjid di Sugoren dekat barat Turki , akhirnya jemaah sedar tentang kesilapan arah kiblat selepas seorang imam baru mengesan  kesilapan pada reka bentuk masjid tersebut.

Menurut laporan Hurriyet Daily News, masjid yang dibina pada 1981 itu mempunyai kesilapan pada reka bentuknya dan menyebabkan kiblat lari hampir 33 darjah.

Imam baru di rumah ibadat itu dikenali sebagai Isa Kaya, 24, menyedari kesalahan arah kiblat itu ketika membuat semakan arah kiblat selepas wujudnya khabar angin mengenai kecacatan reka bentuk masjid tersebut dan segera berbincang dengan mufti tempatan serta pegawai agama di daerah itu.

Foto: Dailymail

Menurut mufti, mimbar yang sepatutnya dibina menghadap arah Kaabah yang berada di kota Makkah itu diletakkan pada tempat yang salah sekali gus menyebabkan arah kiblat menjadi tidak tepat.

Masjid tersebut dipercayai dibina di atas tapak masjid lama yang mungkin telah menyebabkan berlakunya masalah salah arah kiblat telah terjadi sejak bertahun-tahun lagi.

Sebagai jalan penyelesaian sementara, imam Isa meletakkan pita putih pada lantai sebagai anak panah penunjuk arah kiblat sebenar yang telah diperbetulkan semula.

Foto: Dailymail

Imam muda tersebut juga dilaporkan telah memberi penjelasan tentang kesilapan tersebut kepada penduduk daerah itu dam rata-ratanya memberi tindak balas positif.

Sumber: Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar