Siakap Keli
Gambar : Facebook

Pergerakan Tanah Hingga Merekah, Penduduk Di Kampung Pawong Diarah Berpindah

Lapan belas ​​​penduduk Orang Asli dari Kampung Pawong, Pos Slim di sini, diarah berpindah ke kawasan selamat berikutan berlaku pergerakan tanah yang mengakibatkan rekahan di kawasan penempatan mereka.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak, Kolonel Noor Azam Johari berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 2 petang tadi dan mengarahkan penduduk kampung beredar dari kawasan berkenaan.

Gambar : Facebook

Beliau berkata sepasukan pegawai dan anggota APM bersama pegawai Jabatan Mineral dan Geosains Perak digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan kejadian tersebut.

“Rekahan tanah di kawasan itu menyebabkan tiga rumah penduduk serta sebahagian stor surau terjejas. Tindakan awal adalah memasang sawa-sawa di kawasan tersebut dan membuat pemantauan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi sumber sebentar tadi.

Gambar : Facebook

Dalam pada itu, kejadian hakisan tanah berlaku di kawasan perumahan di Jalan Desa Cahaya 1, Lawan Kuda dekat Gopeng, kira-kira 3.30 petang tadi ekoran hujan lebat.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, kejadian itu menyebabkan beberapa tiang elektrik tumbang, bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.

Hujan lebat sejak 1 petang tadi di beberapa kawasan di Perak mengakibatkan banjir, antaranya di Gopeng.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.