Siakap Keli

Selangor Bakal Berdepan Banjir Kilat Mulai 23 Oktober Sehingga Akhir Disember

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) Selangor telah menjangkakan Selangor bakal menghadapi monsun timur laut di semua daerah di negeri berkenaan bermula 23 Oktober sehingga hujung Disember ini.

Fenomenan ini bakal menyebabkan risiko banjir kilat di 20 kawasan Petaling, 16 kawasan di Hulu Langat, 23 lagi di Sabak Bernam, 12 kawasan sekitar Gombak, 9 di Klang, 7 di kawasan Sepang dan Hulu Selangor, 6 di sekitar Kuala Langat dan terakhir sekali, 11 kawasan di Kuala Selangor.

Unit Bencana Negeri Selangor melalui Smart Selangor Command Centre (SSCC) telah memberi amaran awal kepada penduduk sekitar untuk mengambil langkah berjaga-jaga selain mempersiapkan diri untuk menghadapi banjir dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari telah mengarahkan Pejabat Daerah dan agensi berkaitan untuk bersiap sedia menghadapi musim monsum timur laut selain menaik taraf kemudahan sedia ada seperti longkang dan parit.

Nur Farra