Siakap Keli

Bukan Sebab Senarai Hitam Dikeluarkan, PTPTN Kurang RM500 Juta Berpunca Daripada Keputusan Najib?

Sebelum ini, seramai 265,149 daripada 433,708 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sudah dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir juga sebelum ini memberitahu, jumlah besar yang tidak dibayar semula kepada kerajaan itu merupakan ‘harga’ untuk menyediakan pendidikan terbaik kepada anak muda negara, sekali gus memberikan peluang pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan menafikan kekurangan RM500 juta bayaran balik adalah disebabkan oleh tindakan kerajaan yang mengeluarkan nama peminjam daripada senarai hitam.

Ia sebaliknya berpunca daripada keputusan bekas Perdana Menteri sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak kerana memanjangkan tempoh bayaran balik  dalam Bajet 2018 lalu.

Menurut Timbalan Menteri, Teo Nie Ching, penurunan angka bayaran balik bukan disebabkan daripada nama yang telah dibuang daripada senarai hitam.

Beliau lantas memberi respon bahawa ia adalah daripada pengumuman Bajet 2018, bekas perdana menteri panjangkan tempoh bayaran balik enam bulan kepada 12 bulan.

Nur Farra