Siakap Keli

Kenali 6 Jenis Obesiti Dan Cara Terbaik Untuk Anda Atasinya

Memiliki bentuk badan yang ideal dan sihat sudah tentu menjadi impian semua orang termasuklah kami di SK. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan seseorang itu untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal. Ada yang sanggup melabur wang ringgit mendapatkan pelbagai produk penjagaan kesihatan diri, produk kurus dan macam-macam lagi agar lemak di badan dapat disingkirkan.

Bagi yang lain, hadirkan diri ke gym dan ikut rejim senaman yang diaturkan oleh jurulatih kecergasan mungkin satu pilihan yang boleh dipertimbangkan. Jaga permakanan? Itu yang ramai daripada kita buat, kami pun. Tapi bila diperhatikan, berat badan takdelah turun sangat kan? Macam ada yang tak kena.

Sebenarnya betul, ada yang tak kena jika anda tidak terlebih dahulu mengenali jenis obesiti yang anda alami dan apakan cara terbaik dari segi pemakanan yang anda perlu buat. Kali ini, kami nak berkongsi dengan anda 6 jenis obesiti berdasarkan kawasan lemak berkampung pada badan dan apa yang boleh anda buat untuk mengatasinya.

Kawasan ditanda dengan merah mewakili lemak

1. Obesity as a result of inactivity

Obesiti akibat badan yang tidak aktif, kurang bersenam dan melakukan aktiviti fizikal menyebabkan lemak berkumpul pada banyak bahagian badan.

Selain itu, masalah ini juga sebenarnya boleh berlaku pada mereka yang pada satu ketika merupakan seorang aktif, namun berhentiu daripada melakukan aktiviti fizikal untuk satu tempoh yang lama.

Dah namapun obesiti disebabkan kurang aktiviti fizikal, jadi cara yang terbaik adalah anda perlu lebih banyak menghabiskan masa di atas padang.

2. “Nervous Stomach” Obesity

Antara punca kepada masalah “Nervous Stomach” Obesity atau obesiti perut kecut ini mungkin berpunca daripada tekanan/stress yang dialami oleh seseorang itu.

Selain itu, masalah depresi dan pengambilan makanan atau minuman tinggi gula juga boleh menjadi punca kepada masalah obesiti kecut perut ini.

Apa yang boleh anda buat adalah dengan mengawal aktiviti fizikal anda yang tujuannya adalah untuk mengurus masalah keletihan yang boleh membawa kepada rasa tertekan.

3. Gluten Obesity

Masalah gluten obesity ini dikatakan adalah satu perkara biasa pada wanita, terutamanya pada peringkat remaja, monopos atau pada waktu mereka merasakan hormon badan tidak seimbang.

Untuk mengelakkan masalah gluten obesiti, anda dinasihatkan untuk mengelak daripada duduk pada satu posisi untuk tempoh yang lama, mengamalkan senaman berat serta mengelak pengambilan minuman beralkohol dan amalan merokok.

4. Atherogenic Metabolic Obesity

bagi mereka yang mengalami masalah obesiti seperti ini, perut mereka kebiasannya kelihatan seperti belon dan seolah-olah semua lemak berkumpul pada bahagian perut.

Antara punca yang disebut adalah amalan pengambilan minuman beralkohol dan mengalami masalah pernafasan. Jadi, anda mungkin mahu berhenti daripada berterusan mengambil minuman beralkohol dan merawat masalah pernafasan yang anda alami.

5. Venous Obesity

Venous Obesity dikaitkan dengan masalah obesiti yang diwaris dan kebanyakkan berlaku pada wanita yang mengangdung dan mereka yang sedia asal mempunyai kaki yang agak besar.

Antara cara terbaik yang mungkin dapat mengatasi masalah obesiti ini adalah anda memperbanyakkan senaman kaki seperti memilih untuk menggunakan tangga ataupun berjogging.

6. Food Obesity

Jika anda mendapati bahawa pada bahagian ini terdapat lebihan lemak, dipercayai ia terhasil akibat tabiat permakanan yang tidak sihat. Se;ain itu, ia mungkin juga disebabkan anda kerap mengamalkan tabiat minum mknuman tinggi kandungan gula.

Cara terbaik yang anda boleh lakukan adalah dengan mula mengamalkan diet pemakanan yang lebih sihat dan seimbang serta mengurangkan pengambilan minuman tinggi kandungan gula.

Walaupun di atas ada menyebut apa yang anda perlu lakukan untuk mengatasi masalah obesiti yang anda alami, namun ia hanyalah berpandukan kepada hasil kajian yang mungkin tidak sesuai untuk semua pihak.

Pada kami, yang terbaik boleh anda lakukan adalah mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan seimbang, konsisten dengan rutin senaman harian dan mengelak daripada mengambil minuman beralkohol dan menghisap rokok.

Semoga bermanfaat untuk kesihatan anda yang lebih baik.

Sumber : Healthy Food Team

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.