Siakap Keli

3 Hakim, 20 Pegawai Kementerian Kewangan Indonesia Antara Penumpang Dalam Pesawat Lion Air

Tiga hakim dan 20 pegawai Kementerian Kewangan Indonesia antara 189 penumpang yang berada di dalam pesawat Lion Air JT-610 yang terhempas di Pangkal Pinang, Pulau Bangka Indonesia pada jam 7.30 pagi waktu tempatan.

Ketua Perhubungan Umum, Direktorat Jenderal Pajak (DJP) Kementerian Kewangan Indonesia, Ali Natalia mengatakan terdapat 20 orang pegawainya di dalam pesawat tersebut.

”Setakat ini, data yang kami perolehi terdapat 20 nama pegawai Kementerian Kewangan yang ada di dalam pesawat Lion Air JT 610,” katanya kepada sumber.

Menurutnya, disahkan, sebanyak 12 nama pegawai DJP yang ada di pesawat tersebut adalah pegawai KPP Pratama Pangkal Pinang dan KPP Pratama Bangka namun pengesahan rasmi akan dibuat dalam masa terdekat.

Sementara itu, Mahkamah Agung Indonesia turut berduka kerana disahkan terdapat tiga hakim yang berada di dalam pesawat yang sama.

Ketiga mereka adalah Hakim Tinggi Pengadilan Tinggi (PT) Pangkal Pinang, Kartika Ayuningtyas Upiek dan Asnahwati, serta Hakim Pengadilan Negeri (PN) Koba, Ikhsan Riyadi. Namun, Ikhsan dikatakan berada di dalam pesawat tersebut bersama ahli keluarganya.

“Ya, Ibu Kartika dalam pesawat itu,” kata Wakil Ketua PT Pangkal Pinang, Ridwan Mansyur saat dihubungi sumber.

Difahamkan, Ridwan juga merupakan salah seorang hakim yang akan mengikuti penerbangan Lion Air JT-610, tetapi beliau menunda penerbangannya esok pagi kerana masih terdapat urusan di Mahkamah Agung.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.