Siakap Keli

Kalah Bertaruh, Setahun Sudu Besi Tersangkut Dalam Saluran Makanan

Seorang lelaki di China bertindak menelan sudu besi sepanjang 8 inci ketika berada dalam satu taruhan pengambilan minuman keras pada tahun lalu (2017).

Memetik sumber, lelaki yang berasal dari Xinjiang, China itu telah menelan sudu keluli tahan karat semasa pertaruhan mabuk.

Dia memberitahu kawan-kawannya bahawa dia boleh menelan sudu dan kemudian menariknya kembali dengan mengikat tali kepada pemegang. Malang tidak berbau, tali tersebut putus dan sudu berkenaan tersangkut di saluran makanannya.

Dia bagaimanapun tidak terus ke hospital kerana menyedari masih boleh makan dan minum seperti biasa.

Pun begitu, baru-baru ini dia telah ditumbuk di bahagian dada dan menyebabkannya mengalami kesukaran untuk bernafas.

“Saya terperanjat. Saya tak pernah jumpa keadaan seperti ini,” kata Dr. Yu yang merawat.

“Apabila kami tengok, saluran makanannya sudah dijangkiti. Dia membiarkan sudu tersebut berada didalamnya selama setahun”

Selepas membincangkan cara terbaik, doktor memutuskan  untuk mengeluarkan sudu tersebut melalui mulut.

Sumber: Odditycentral

Nur Farra