Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pesawat Lion Air Hilang Dari Radar Selepas 13 Minit Berlepas

Nur Farra

Pesawat Lion Air hilang pada pagi tadi (Isnin) sejurus berlepas dari Jakarta. Laporan media tempatan memberitahu bahawa pihak berkuasa Indonesia telah pun memulakan operasi mencari dan menyelamat sebaik terputus hubungan paa 6.33 pagi tadi.

“Memang benar bahawa Lion Air JT 610 telah kehilangan hubungan, kami telah meneruskan maklumat untuk mencari dan menyelamat,” kata jurucakap AirNav Indonesia, John Harry Douglas dalam satu kenyataan.

Penerbangan itu sedang dalam perjalanan ke Pangkal Pinang di pulau Bangka, timur Sumatera.

Penerbangan tersebut seharusnya tiba di landasan Pangkal Pinang pada 7.20 pagi.

Sumber: Channel News Asia