Siakap Keli
Gambar Hiasan - Pesawat Lion Air yang terhempas

Bukan Kali Pertama, Ini 5 Tragedi Melibatkan Nahas Pesawat Lion Air Yang Pernah Menggemparkan Dunia

Semalam, satu tragedi menggemparkan ramai apabila pesawat Lion Air dengan nombor penerbangan JT 610 dari Bandara Soekarno Hatta ke Pangkalpinang jatuh di perairan Tanjung Karawang, Jawa Barat setelah 20 minit berlepas. Kesemua 189 penumpang termasuk anak kapal tiada yang terselamat dalam nahas ini.

Namun, tahukah anda ini bukanlah kali pertama pesawat Lion Air mengalami kecelakaan. Sebenarnya terdapat sejarah hitam mengenai kecelakaan pesawat jenis ini. Difahamkan, sekurang-kurangnya 19 insiden yang tidak diingini berlaku sejak pertama kali pesawat Lion Air beroperasi sejak bulan Jun 2000.

Malah, disebabkan selalu mengalami kecelakaan, Lion Air pernah disenaraikan sebagai pesawat yang dilarang di negara Eropah pada Febuari 2012. Berikut lima kecelakaan paling tragis dan mengorbankan banyak nyawa penumpang melibatkan pesawat Lion Air.

1. Lion Air JT 610

Gambar : Instagram @lionairgroup

Pertama, pastinya kejadian terbaru iaitu pesawat Lion Air JT 610 dari Jakarta-Pangkalpinang yang terputus hubungan pada Isnin pagi (29/10/2018). Pesawat tersebut bertolak dari Bandara Soekarno-Hatta pada pukul 06.20 pagi dan seharusnya tiba di Bandara Pangkalpinang pada pukul 07.20 pagi.

Namun malangnya, pesawat ini tak pernah sampai di Pangkalpinang kerana terhempas di Perairan Tanjung Karawang, Jawa Barat. Pesawat ini membawa 189 orang, termasuk kru pesawat.

Belum diketahui penyebab kecelakaan ini. Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Negara berkata, pesawat tersebut baru mempunyai 800 jam penerbangan dan saat hilang dari radar, cuaca berada dalam keadaan baik.

2. Lion Air JT 538

Gambar : Instagram @lionairgroup

Kedua, nahas berlaku pada 14 tahun lepas, iaitu pada 30 November 2004. Pesawat Lion Air dengan nombor penerbangan JT 538 tergelincir saat hendak mendarat di Bandar Udara (Bandara) Adisumarmo, Solo, Jawa Tengah. Akibat dari itu, 26 orang dilaporkan meninggal dunia, 55 orang luka parah, dan 63 orang lagi mengalami luka ringan.

3. Lion Air 386 PK-LID

Gambar : Instagram @lionairgroup

Ketiga, berlaku pada 14 Januari 2002. Lion Air bernombor penerbangan 386 PK-LID, jenis Boeing 737-200 dari Jakarta-Pekanbaru-Batam, gagal terbang setelah badan pesawat meninggalkan landasan Bandara Sultan Syarif Kasim II, Pekanbaru, Riau, lebih dari lima meter dan terperosok. Tujuh orang penumpang dilaporkan mengalami luka parah kerana patah tulang.

4. Lion Air JT 904

Keempat, berlaku pada Sabtu, 13 April 2013 sekitar pukul 3 atau 4 petang. Pesawat Lion Air dengan kod penerbangan JT 904 dari Bandung-Denpasar terbelah dua di laut, setelah gagal mendarat di landasan Bandara Ngurah Rai, Denpasar, Bali. Saat kecelakaan, pesawat Boeing 737-800 NG ini sedang membawa 101 penumpang. Sebanyak 45 orang mengalami kecederaan akibat insiden ini. Mereka sangat bernasib baik kerana tiada kehilangan nyawa.

5. Lion Air JT 891

Gambar : Instagram @lionairgroup

Kelima, pesawat Lion Air Boeing 737-800 dengan nombor penerbangan JT 891 tergelincir di Bandara Jalaludin, Gorontalo, saat mendarat. Peristiwa itu berlangsung kira-kira pukul 10.55 saat pesawat Lion Air sedang melakukan pendaratan. Pesawat itu tergelincir akibat jalur landasan  di bandara tidak berada dalam keadaan baik. Tidak ada kehilangan nyawa dalam peristiwa tersebut.

Sumber : IDN Times 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.