Siakap Keli

Jutawan India Ini Hadiahkan Kereta Renault dan Suzuki Kepada 600 Orang Pekerjanya

Usahawan barangan kemas berlian kaya raya India yang berpangkalan di Surat, Savji Dholakia yang terkenal pemberian bonus mewah kepada pekerja-pekerjanya, sekali lagi membuat kejutan apabila menghadiahkan ratusan buah kereta kepada staf-stafnya sempena sambutan Deepavali.

Menurut laporan The News India Express, Dhiolakia menghadiahkan kenderaan jenis Renault KWID dan Maruti Suzuki Celerio kepada 600 orang stafnya. Manakala ribuan lagi pula dihadiahkan wang tunai dan apartment.

Dianggarkan nilai keseluruhan kereta berkenaan mencecah RM 82.9 juta. Harga atas jalan bagi Renault KWID di India adalah RM 25 ribu manakala Maruti Suzuki Celerio adalah RM 31 ribu.

Pemberian sempena Hari Deepavali yang bakal disambut penganut agama Hindu tidak lama lagi ini diadakan dalam satu majlis besar dikenali sebagai Skill India Incentive Ceremony di Gujerat. Selain dihadiri ribuan stafnya sendiri, Perdana Menteri India, Narendra Mondi turut memberikan ucapan secara atas talian. Beliau turut menyampaikan kunci kereta kepada sataf Dholakia yang berada di New Delhi.

Dholakia terkenal di serata India disebabkan sifat pemurahnya yang gemar memberikan hadiah mewah kepada stafnya sendiri setiap kali menjelang musim perayaan. Malah, satu laman facebook yang dibuat khas oleh peminatnya turut diikuti oleh ribuan orang.

September lalu, Dholakia turut menghadiahkan Mercedes Benz SUV kepada tiga orang staf senior yang sudah berkhidmat dengannya selama 25 tahun.

Pada 2017, Dholakia turut menghadiahkan sebanyak 1200 Datsun Redi-GO ketika sambutan cuti Tahun Baru. Selain kereta dan apartment, Dholakia juga pernah memberi bonus wang tunai RM 289,789 kepada 51 orang stafnya.

Sumber : The News India Express

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.