Siakap Keli

Misi Cari Badan Pesawat, Percaya Ramai Mangsa Korban Masih Memakai Tali Pinggang Keselamatan

Ketua Komite Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT) Soerjanto Tjahjono melalui laporan Kompas.com berkata pihaknya dan pasukan mencari dan menyelamat sedang berusahan untuk mengesan kedudukan bahagain badan pesawat Lion Air JT 610 yang terhempas di perairan Tanjung Karawang, Jawa Barat Semalam.

Menurut Soerjanto lagi, pihaknya percaya jika bahagian badan pesawat berjaya ditemui maka lebih mayat jasad mangsa yang terkorban akan ditemui. Pasukan mencari dan menyelamat percaya bahawa majoriti mangsa masih lagi berada bersama-sama dengan badan pesawat.

Kenyataan yang dibuat oleh Soerjanto ini dibuat berdasarkan pendedahan maklumat bahawa kapten pesawat meminta untuk berpatah balik selepas dua minit berlepas.

Jika mengambil kira selang masa dua minit tersebut, berkemungkinan mangsa masih lagi memakai tali pinggang keselamatan kerana lampu merah dalam kabin masih belum dipadamkan.

Justeru pihaknya percaya, kesemua mangsa tidak sempat menanggalkan tali pinggang keselamatan masing-masing ketika pesawat berkenaan terhempas.

”Dua minit selepas pesawat berlepas, tali pinggang keselamatan masih belum dibuka memandangkan lampu merah dalam kabin masih menyala,” katanya.

Pesawat berkenaan yang dalam perjalanan daripada Jakarta ke Pangkal Pinang ketika terhempas membawa seramai 178 orang penumpang dewasa, 1 orang kanak-kanak dan dua orang bayi serta 7 orang kru penerbangan.

Sumber : Kompas.com

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.