Menteri Pendidikan, YB Maszlee Malik dalam satu kenyataan di laman twiternya memaklumkan bahawa peperiksaan Tahap 1 akan dimansuhkan tidak lama lagi.
”Peperiksaan bagi Tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3) akan dimansuhkan dan akan digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif bermula 2019,” katanya.
Peperiksaan bagi murid Tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3) akan dimansuhkan dan akan digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif bermula 2019.
— Maszlee Malik (@maszlee) October 31, 2018
Beliau bagaimanapun masih belum mendedahkan silibus yang bakal digunakan bagi menggantikan peperiksaan tahap 1 yang bakal dilaksanakan bermula 2019 nanti.
Keputusan untuk memansuhkan peperiksaan bagi Tahap 1 turut disambut baik oleh netizen yang rata-rata meninggalkan maklum balas positif.
Salah seorang netizen berpendapat keputusan tersebut sebagai langkah yang tepat kerana kanak-kanak pada usia tersebut tidak perlu dibebankan dengan peperiksaan, malah ada baiknya usia berkenaan ditumpukan kepada usia pembinaan sahsiah.
Manakala seorang lagi netizen memuji langkah berkenaan namun pada masa yang sama berharap penilaian baru yang lebih objektif seperti yang disembut oleh Menteri tidak terlalu memberikan beban kepada para guru.
Langkah positif ke arah menghilangkan beban peperiksaan.. Namun, harap penilaian objektif yg bakal dilaksanakan jangan menjadi beban pula kepada para guru yg menghadapi masalah peningkatan "paper work" seperti di Tingkatan 1,2,3 ke arah PT3.
— Boo Soon Yew (@BooSoonYew67) October 31, 2018
Setuju. Tak sesuai anak2 darjah 1-3 dibebankan dgn exam. Sebaiknya usia ni tumpu pada pembentukan sahsiah supaya dewasa nanti jadi beradab.
— Nia (@nia303) October 31, 2018
Setuju.. kita dulu pun waktu rehat main lari2 tangkap belalang kat padang.. skrg ni, waktu rehat, waktu pagi sblm masuk kelas pun ada pengisian… x sempat nak jadi kanak2..
— pete othman (@peteothman) October 31, 2018
Sounds good! Please incorporate creativity in their learning as well. Also for learning science, focus shouldn’t be on the scientific terms yet. Have the kids go out and enjoy nature as part of learning science. But pls keep the Dual Language Program (DLP). All the best!
— driz (@izyanizulkifli) October 31, 2018
Sumber : YB Maszlee Malik