Siakap Keli

Juruterbang JT 610 Penerbangan Denpasar-Jakarta Sudah Hantar ‘Amaran Radio’ Sehari Sebelum Terhempas

Juruterbang penerbangan Lion Air dari Bali telah membuat ‘radio alert’ beberapa minit selepas menyedari berhadapan dengan masalah teknikal pesawat, namun tetapi masalah dikatakan telah diatasi dan penerbangan diteruskan menuju ke Jakarta.

Selepas beberapa jam kemudian, pesawat yang sama, JT160 Lion Air dikenal pasti terhempas serta mengorbankan seramai 189 orang nyawa.

Memetik sumber, ketua pihak berkuasa, Herson kawasan Bali-Nusa Tenggara berkata  juruterbang telah mengemas kini menara kawalan memberitahu pesawat selamat untuk terbang dan tidak jadi untuk kembali ke lapangan seperti yang diminta sebelum itu.

Walau bagaimanapun, penerbangan Denpasar – Jakarta itu akhirnya mendarat dengan selamat di lapangan terbang ibu negara Indonesia pada jam 10.55 malam waktu tempatan pada hari Ahad.

Pun begitu, jet sama, boeing 737 Max yang berlepas pukul 6.20 pagi esoknya dilaporkan ‘hilang’ selepas 13 minit berlepas.

Penemuan kotak hitam semalam akan dikaji untuk mendapatkan gambaran jelas tentang apa sebenarnya yang terjadi semasa penerbangan awal dari Bali pada hari Ahad sebelum terhempas pada jadual penerbangan lain pada hari Isnin.

Sumber: SBS News, NDTV

Nur Farra