Siakap Keli

Bayi Sarawak Terima Insentif RM1,000 Mulai Tahun Depan

Setiap bayi baru lahir Sarawak akan diberi insentif RM1,000 tanpa mengira etnik, kepercayaan agama dan status sosial mulai tahun hadapan, kata Ketua Menteri  Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari, yang juga Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi berkata, namun insentif itu akan hanya boleh dikeluarkan selepas bayi berkenaan mencapai usia 18 tahun.

“Kerajaan Negeri membuat keputusan bagi memperkenalkan dasar baru itu dan ia bertujuan untuk  mwmwnuhi keperluan pendidikan atau dana untuk melanjutkan karier mereka,” katanya ketika  membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan  (2019) pada persidangan Dewan Undangan Negeri  Sarawak di sini hari ini.

Kerajaan Negeri bersetuju memperkenalkan satu dasar baru dan ia bertujuan untuk melanjutkan  pelajaran atau sebagai dana untuk karier mereka,” katanya.

Mengulas mengenai insentif itu, Menteri Kebajikan, Hal Ehwal Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Negeri, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata ia sudah pasti memberi  manfaat kepada generasi baharu di Sarawak.

Fatimah, yang juga Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, parti itu akan terus mengunjungi hingga ke akar umbi dan mendekati orang ramai bagi menyalurkan maklumat  mengenai  perkara yang disentuh oleh Ketua Menteri semasa ucapan belanjawannya.

Antara isu itu ialah masa hadapan dan kehidupan rakyat terutama wanita, keluarga dan pembangunan kanak-kanak.

— BERNAMA

Nur Farra