Siakap Keli

Perbalahan Antara KJ Dan Lokman Buat Lobak Merah Popular Di Media Sosial

Khairy Jamaluddin baru-baru ini menjadi bualan ramai selepas salah satu posting di Twitter miliknya tular dengan kenyataan berbaur kecewa selepas menempelak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa Barisan Nasional (BN) tewas sehingga hilang kuasa sebagai kerajaan pusat pada pilihan raya umum yang lalu akibat fitnah, penipuan dan janji palsu yang dibuat oleh lawan politiknya.

Retweet berkenaan nyata mendapat perhatian netizen apabila sehingga kini sudah mendapat sebanyak 449 reply, lebih 8 ribu retweet dan lebih 6000 suka.

Terbaru, giliran Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam mengulas salah satu status video bahas bersama Menteri Kewangan yang dikongsi KJ berkaitan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kadar rendah berbanding pengenalan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Lokman dalam satu statusnya mengulas, “Jika inilah sikap yang ditunjukkan, jangan mimpi anda boleh menjadi Presiden Umno.”

Terkesan dengan komen tersebut, KJ turut membalas ulasan Lokman dengan berkata, “Lebih baik anda berdoa supaya saya tak jadi Presiden Umno.  Perkara pertama saya akan lakukan adalah memecat kamu kerana mempunyai IQ seperti lobak.”

Susulan kes tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memuat naik perkongsian ‘tersirat’ khasiat lobak merah menerusi laman Facebook dan Twitter rasmi mereka.

Perkongsian KKM itu mendapat perhatian netizen yang masing-masing seperti memahami motif khasiat lobak itu dimuat naik.

Nur Farra