Siakap Keli

Baru Berumur 28 Tahun, Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman Melancong Ke 40 Buah Negara

Bila sebut tentang melancong ke luar negara, ramai yang teruja dan mahu melawat tempat-tempat menarik di luar sana tetapi niat mereka terbatas dengan alasan belanja yang tinggi dan tiada masa nak uruskan tempahan tiket.

Semua tu berbalik pada cara kita nak rancang percutian. Sudah ramai yang buat perkongsian bagaimana mahu melancong ke luar negara tanpa memerlukan belanja yang besar. Salah seorangnya Ami, baru berusia 28 tahun tetapi sudah melancong ke 40 buah negara. “40 before 30” katanya. Ini merupakan perkongsian Ami bagaimana dia uruskan percutiannya di negara orang.

Bila aku bercuti ada saja orang yang akan soal, “asyik melancong je, banyak duit kau?”, “ gaji besar bolehlah”. Macam-macam lagi soalan.

Ya, betul duit kena ada. Tapi kalau kena dengan cara, boleh je kau melancong tanpa perlu habiskan duit yang banyak. Macam contoh aku pergi Hong Kong sekali dengan Macau habis RM1500, Istanbul dengan Nepal, masing-masing lebih kurang RM3000.

Benda paling penting sekali ialah rancang setiap perkara. Macam mana kau nak melancong dengan harga murah kalau tak rancang duit dan perjalanan dengan baik, betul?

Ada yang suka ikut program melancong. Ok je, tapi aku lebih suka pergi sendiri sebab aku free nak pergi kemana-mana, tak terikat dengan jadual dan yang paling best aku boleh minimumkan perbelanjaan dekat sana.

Dah tau nak travel ke negara mana? Cari tiket penerbangan murah ke destinasi yang nak dituju. Rajin-rajin buat perbandingan penerbangan mana yang tawarkan tiket paling murah.

Zaman teknologi ni senang je nak cari promosi dan bandingkan harga tiket. Banyak aplikasi yang kau boleh guna contohnya aplikasi Pick-A-Trip (PAT). PAT ni aplikasi dari syarikat tempatan, Travel Agency, khas untuk pengguna kad VISA.

Apa yang kau boleh dapat dari aplikasi Pick-A-Trip? Senang nak bandingkan harga antara syarikat penerbangan, bandingkan kadar harga antara kelas dalam penerbangan, dan bayaran yang lebih pantas dan dijamin selamat. Nak tempah hotel pun boleh juga.

Lagi satu ada ciri  Passenger Profile. Dekat situ kau boleh simpan segala maklumat kau macam, nama, alamat, pasport, jenis makanan pilihan masa terbang, tempat duduk pilihan, syarikat penerbangan pilihan dan lain-lain.

Dari situ, kau dah senang dan laju nak tempah tiket untuk penerbangan yang seterusnya. Setiap kali nak melancong semua benda nak kena isi kan leceh, tapi kalau semua maklumat dah tersedia, kau banyak masa untuk uruskan hal lain pula.

 Aplikasi ni selalu juga buat promosi. Macam yang terbaru, PAT bagi baucar kod RM100 sampai 15 Disember 2018 ni. Benda-benda kecil macam ni la yang boleh buat kau jimatkan lagi urusan nak melancong.

Dah tahu negara mana nak pergi, buat kajian pula tempat-tempat menarik dekat sana. Boleh cari di internet contohnya TripAdvisor. Lepastu dah tahu, aku biasa tengok pula di Google Maps untuk urus perjalanan ketika bercuti. Dari situ kau boleh rancang nak travel naik apa dan macam mana nak minimumkan lagi kos.

Lagi satu perkara kau boleh jimat ialah tempat tinggal. Setakat travel sendiri atau dengan member duduk je dekat hostel atau dorm. Boleh kenal dengan pelancong lain, duit pun jimat. Kalau mengidam sangat nak rasa hotel, aku duduk masa malam terakhir je.

Bab makan pula, kau nak lagi jimat bawa la makanan segera. Tapi bagi aku rugi la kalau pergi tempat orang tak rasa makanan tempat tu. Masa aku pergi Korea, banyak je tempat-tempat makan murah dan semestinya halal macam The Halal Guys di Seoul.

Pasal pengangkutan. Kaji dulu pengangkutan awam yang ada dekat negara yang kau lawati. Bandingkan antara teksi, bas dengan tren mana yang lebih murah lebih dan lebih senang untuk tuju tempat yang kau dah rancang.

Panjang lebar aku cerita ni, apa yang penting? Bukan kerjasama, tapi rancang perjalanan. Banyak aplikasi tawarkan kemudahan seperti contoh yang aku sebutkan dekat atas, Pick-A-Trip (PAT). Aplikasi ni mudahkan proses rancangan kau, dari tempah tiket kapal terbang sampailah senaraikan hotel-hotel dinegara yang nak dilawati.

Sekarang semua benda kita nak lakukan dengan #cePAT tapi dalam masa yang sama jimat. Jadi kau dah boleh rancang dengan teratur nak melancong kemana-mana sekalipun.

Itulah serba sedikit perkongsian yang diberikan. Bagi anda yang sedang merancang untuk bercuti bolehlah gunakan aplikasi Pick-A-Trip dengan muat turun dari Google PlayStore dan nikmati promosi yang sedang dan bakal ditawarkan.

Boleh gunakan kod “SIAKAPKELI” untuk dapatkan potongan RM100. Cepat-cepat promosi ini terhad dan bakal tamat pada 15 Disember 2018 nanti.

Muat turun aplikasi Pick-A-Trip dari Google PlayStore atau App Store

salor30

Programmer. Musician. #YOLO