Siakap Keli

“Hampir Putus Macam Buah Anggur Yang Dipicit,” Ibu Trauma Jari Anak Terkulai Jatuh Panjat Kerusi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perkara yang paling ibu bapa takut sekali apabila anak-anak sudah mula pandai memanjat.  Tanpa sedar ‘kegiatan’ mereka ini jika tidak diberi perhatian penuh boleh memudaratkan keselamatan.

Sebelum ini banyak kita terdengar insiden bayi terjatuh daripada kerusi dan kepala kena bucu sehingga berdarah kepala, ada juga yang jatuh sehingga retak tempurung.

Takutnya jika difikirkan.  Perkongsian seorang ibu yang di kongsi melalui laman Facebook miliknya ini wajar dijadikan panduan para ibu bapa untuk lebih berhati-hati dengan kegiatan anak-anak di rumah.  Mari baca perkongsiannya, semoga bermanfaat.

Nak share kisah sebenar, sangat menakutkan dan bagi pengajaran besar kepada kami, berlaku dalam family last year July.  Sekarang baru berani nk share.

Masih ingat lagi masa tu tengah masak kurma, lepas letak santan kita fokus sebab tak nak pecah minyak.  Masa tu dengar dah kerusi bunyi-bunyi.  Memang Irsa our 3rd baby suka main kerusi.  Ok, dalam hati “Okay je tu.” Sambil kacau kuah kurma.

Dan dengar bunyi kerusi jatuh, kuat! Sambil Irsa menangis.  Terus pergi tengok. Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Darah! Ingat gigi atau bibir dia berdarah.  Tengok jari dia terkulai.

Ya Allah tercabut dah jari anak aku ya Allah! Pegang dia, sambil pegang pergelangan tangan dia kuat-kuat.  Cari kain, balut.  Sambil mulut menjerit bagi arahan kat Haqq, anak sulung, ambil beg, letak barang kat dalam, dia ikut semua.  Masa tu rasa syukur sangat boleh harap dah anak aku.  Masa tu dia 4 tahun, Layyina masa tu 3 tahun.  Dia gelak-gelak sebab tak faham lagi kot.

Cari kunci kereta tak jumpa, call suami tak dapat-dapat.  Hati naik geram dah ni.  Rupanya husband ada operasi.  Sarung jubah, pakai tudung, terus kunci pintu, turun pergi dekat jiran cakap dia tolong hantar hospital.

Cina, baik Ya Allah.  Dia hantar kami dan siap jaga anak-anak saya sementara saya register anak. Lama juga tu.  Irsa dan berhenti menangis.

Doktor tengok dan bagitahu kena operation.  Sebab besar, hampir putus.  Macam buah anggur yang dipicit.  Macam tulah jari Irsa.  Nasib baik tulang takde apa-apa. Masa tu memang blame diri.  Ambil mudah, tak sangka sampai macam tu jadi kena hempap kerusi tu je.

Esoknya doktor operate Irsa dan kena bius penuh.  Sedihnya masa tu. Tengok dia sejuk nangis dan tidur.  Paling sedih doktor suruh cium dulu anak sebelum keluar.  Doktor bagi kata dua samada jari tu akan bersambung baik atau akan hitam mati dan terputus sendiri.  Doa memang tak berhenti lepas tu.

Ya Allah! Dan paling menguji kena buat dressing sendiri kat rumah.  I jenis masa kejadian memang jangan harap I nak share dekat FB. Memang tengok pun tak sangup time tu.  Lepas balik rumah memang macam crime scene darah menitik seluruh rumah.  Nasib sempat dan ingat tutup api gas.

Memang lepas tu setengah tahu kami makan atas lantai.  Terus simpan kerusi dalam bilik.  Masa malam sebelum operation, memang saya nangis je tengok dia.  Dia elok ceria.  Rasa bersalah sangat-sangat.  Malam tu ujian kena puasakan dia.  Menangis nak susu.  Macam-macam cara lah sepanjang malam memang tak tidur.  Kesian sangat kat dia.

Pengajaran untuk semua, jangan biarkan anak-anak main kerusi sendiri.  Jangan ambil mudah.

Dan support husban juga penting.  Apa-apa yang berlaku Alahmdulilah husban tenang dan tak pernah salahkan saya.  Walaupun pernah langgar kereta orang, terima kasih abang.

Sumber: Hani Syahirah 

Nur Farra