Siakap Keli

Sistem Rekod Perubatan Elektronik Dijangka Laksana Di 145 Hospital 3 Tahun Lagi

Sistem rekod perubatan elektronik (EMR) yang memudahkan pemindahan dan perkongsian maklumat pesakit, dijangka dapat dilaksanakan di 145 hospital di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata teknologi baharu itu akan memudahkan pengamal perubatan termasuk doktor dan jururawat mengenal pasti dan berkongsi maklumat rundingan perubatan serta preskripsi ubat pesakit melalui sistem bersepadu.

“Melalui sistem ini seorang pesakit yang datang ke hospital mana pun, di negeri mana pun boleh akses, dan kalau perlu rujukan kepada mana-mana hospital pakar, semua dapat diakses dan disebarkan dalam EMR itu.

“Saya sangat mahukan ia dijayakan walaupun ia sukar kerana sudah lama kita usahakan dan tidak dicapai lagi. Bagaimanapun, saya percaya dalam usia saya memimpin kementerian ini, kita dapat merealisasikan cita-cita itu,” katanya kepada media selepas syarahan di Menara Razak di sini hari ini.

EMR merupakan sistem penyimpanan rekod dan data pesakit bagi menggantikan rekod perubatan tradisional yang bergantung sepenuhnya pada penggunaan kertas.

Menurut Dr Dzulkefly, ketika ini 20 peratus daripada hospital di negara ini sudah mempunyai sistem tersebut termasuk Hospital Selayang dan Hospital Ampang, namun masih belum dapat beroperasi sepenuhnya.

“Ia masih diusahakan kerana sistem maklumat hospital sangat mahal dan kami sedang mencari jalan untuk melaksanakannya dengan kos yang lebih cekap.

“Kita mahu mengikut contoh terbaik seperti di Turki yang mempunyai penyelesaian hujung ke hujung, maklumat hospitalnya baik, track and trace untuk ubat pun bagus dan mereka sifar drug tiruan,” katanya. – BERNAMA

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di