Siakap Keli

(Video) ”Saya Akan Kembali”, Sidang Media Khas Datuk Lee Chong Wei

Lagenda Malaysia dan pemenang tiga kali pingat perak Olimpik, Datuk Lee Chong Wei mengadakan satu sdiang media khas hari ini bagi mengumumkan beberapa perkara.

Melalui sidang media berkenaan, beliau mengumumkan satu berita gembira dimana beliau belum membuat keputusan untuk bersara  dan bakal kembali ke gelanggang secepat mungkin.

”Saya sayangkan sukan badminton dan negara. Saya akan kembali,” katanya.

Malah, beliau turut memberitahu sudahpun menjalani latihan secara peribadi tertumpu yang kepada latihan fizikal di rumah dan gymnasium sebanyak tiga kali seminggu sebaik sahaja pulang daripada rawatan di Taiwan.

Beliau turut menjangkakan akan kembali ke gelanggang untuk latihan menjelang bulan Disember nanti. Ketika ini, beliau perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tiga bulan sekali di Taiwan.

Namun begitu katanya, beliau mungkin mengambil keputusan untuk berhenti sekiranya keadaan kesihatan beliau menjadi semakin teruk jika terus beraksi di atas gelanggang.

”Perkara paling penting untuk saya ketika ini adalah kesihatan. Saya tahu media selama ini kerap kali bertanya dan melaporkan mengenai keadaan saya. Sebab itu saya sukakan sukan ini,” katanya.

Jika keadaan mengizinkan, beliau menjangkakan bakal membuat penampilan kompetitif pertamanya pada Mac tahun depan di Kejohanan All England.

Ketika ditanya oleh wartawan sama ada beliau mempunyai masa yang mencukupi untuk mengumpul mata bagi melayakkan dirinya ke Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun, beliau menjawab bahawa jika keadaan kesihatan mengizinkan, beliau menjangkakan tiada masalah untuk mengumpul mata dan menyertai kejihanan tersebut.

Beliau turut memaklumkan bahawa ini mungkin Olimpik terakhirnya.

Walaupun keputusannya untuk meneruskan perjuangan di gelanggang pada awalnya ditentang oleh keluarga, namun mereka akhirnya mengalah dan memberikan sokongan memandangkan suka badminton adalah minatnya selama ini.

Sidang media berkenaan turut dihadiri Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Sumber : Persatuan Badminton Malaysia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.