Siakap Keli
Gambar Hiasan

Walaupun Ada Disleksia, Ia Bukan Alasan Untuk Tidak Berjaya

Biasanya kita didedahkan dengan dengan penyakit seperti cancer, diabetes, strok, dan obesiti. Tetapi pernahkah anda tahu penyakit atau simptom lain seperti disleksia. Disleksia bukanlah satu penyakit tetapi merupakan gangguan saraf yang menyebabkan mereka mengalami kesukaran untuk membaca, mengira, menulis dan bertutur.

Tidak semua daripada mereka dapat mengesannya pada peringkat awal, ada yang menyedarinya apabila meningkat dewasa. Sekiranya ibu atau ayah mengalami disleksia, kebarangkalian peluang untuk anda dan adik beradik mewarisi gen tersebut adalah cerah. Keupayaan inteleknya sama seperti orang normal cuma mereka tidak dapat menyambungkan simbol bunyi dengan visual.

Kredit: http://www.brainfacts.org

Selain itu, penghidap disleksia juga sukar untuk membezakan bentuk dan juga warna. Mereka akan mengambil masa yang lama untuk memahami mengenai sesuatu perkara, membaca terbalik contohnya “was” akan menjadi “saw” dan “d” akan menjadi “b”, serta keliru dengan konsep seperti semalam, hari ini dan esok.

Kredit: dyslexia.com.au

Jika diperhatikan, sebenarnya mereka ini mempunyai banyak kelebihan dan daya kreativiti yang tinggi. Mereka lebih suka melukis dan mempunyai idea-idea yang kreatif. Antara insan ternama yang telah mencipta nama walaupun disahkan disleksia ialah Tom Cruise. Ia berusaha melakukan pelbagai usaha, untuk menangani masalah disleksia dan akhirnya ia mampu untuk membaca dan mengingati apa yang dibaca.

Ibu bapa memainkan peranan yang penting bagi memastikan anak-anak ini tidak terpinggir dan mampu untuk menguasai apa yang diajar. Mereka juga perlu diberi terapi bertutur, mendengar video dan belajar menulis dan membaca. Insan istimewa ini perlu diajar secara perlahan-lahan dan berulang kali untuk memudahkan mereka memahami dan mengingati.

Setiap kekurangan bukanlah alasan untuk seseorang itu tidak berusaha atau lemah, tetapi ia adalah satu pemangkin yang menjadikan mereka lebih berdaya saing. Golongan ini juga boleh berjaya seperti orang lain.

Sumber: myhealthwebmdpsychologydegree

marlya syafikah