Siakap Keli
Gambar Hiasan

Berjalan ‘Kaki Ayam’ Atas Rumput Beri Banyak Kelebihan Kepada Kesihatan, Ini Penjelasannya

Waktu zaman kanak-kanak dahulu mesti ada di antara kita suka jalan berkaki ayam di rumput, bila mengimbas masa lalu pasti membuatkan anda tersenyum keseorangan.

Tapi sedarkah apabila anda sudah dewasa, anda seakan lupa untuk memanjakan diri dengan keindahan bumi? Bagi seseorang, memakai kasut adalah satu perkara wajib untuk mengelakan daripada kecelakaan.

Sebagai ibu bapa, kita juga melarang anak-anak jika tidak memakai kasut tetapi sebaliknya jika kita amalkan jalan berkaki ayam atau ‘barefoot’ di atas permukaan rumput, pasir pantai dan permukaan yang rata akan memberikan balasan kesihatan yang baik untuk diri anda.

Antara kebaikannya yang pasti anda akan terkejut apabila mengetahui kelebihan berkaki ayam atau ‘earthing’ semasa berjalan.

  •  Tidur Malam Akan Bertambah Baik

Journal Altenatif Perubatan Amerika menyatakan orang yang mengalami masalah tidur akan lebih baik sekiranya melakukan perkara ini. ‘Barefoot’ dipercayai menstabilkan pengaliran tekanan darah pada kaki dan seterusnya akan mengubati seseorang untuk tidur dengan baik.

  •  Menguatkan Sistem Imunisasi

Dalam laporan komprehensif yang diterbitkan dalam Journal of Environmental and Public Health, para penyelidik mendapati bahawa berjalan kaki tanpa kasut sebenarnya dapat menurunkan jumlah sel darah putih dan meningkatkan jumlah sel darah merah, menunjukkan tindak balas imunisasi yang positif.

  • Melonggarkan Otot Yang Tegang Dan Menghilangkan Sakit Kepala

Seorang atlet akan berjalan kaki tanpa kasut di atas padang rumput kerana untuk mengelakan kesakitan otot selepas melakukan senaman fizikal.

Jadi walaupun anda bukan seorang atlet, anda juga disarankan untuk melakukan hal ini kerana anda menggunakan kaki sepanjang untuk berjalan melakukan kerja sehinggakan kaki anda tidak mempunyai masa untuk berehat.

Hal ini juga akan mengakibatkan anda mudah pening kepala. Apabila anda melakukan perkara sihat seperti ini mungkin penyakit anda dapat berkurang.

  • Mengurangkan Kemurungan

Apabila anda berjalan kaki tanpa kasut di rumput membantu anda mengurangkan masalah kemurungan sebanyak 62 % dan meningkatkan tahap hormon positif dalam badan anda.

  • Membantu Meningkatkan Tenaga

Ramai orang menyedari bahawa apabila melakukan senaman ini akan menigkatkan tenaga dan melawan keletihan sepanjang anda bekerja.  Ini boleh menjadi satu kesan sampingan untuk tidur yang lebih baik tetapi juga disebabkan oleh peningkatan hormon dan tahap keradangan yang lebih rendah.

Sumber:

  1. https://www.powerofpositivity.com/10-surprising-health-benefits-of-walking-barefoot/
  2. https://www.healthline.com/health/walking-barefoot#how-to-walk-barefootsafely
  3. https://www.mindbodygreen.com/0-4369/7-Health-Benefits-of-Going-Barefoot-Outside.html
  4. https://draxe.com/earthing/

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang