Siakap Keli

Operasi Mencari Polis, Suspek Dikhuatiri Lemas Di Dungun Diteruskan Pagi Ini

Operasi mencari dan menyelamat seorang anggota polis dan seorang suspek yang dikhuatiri lemas di Sungai Paka dekat Dungun diteruskan pada 7 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah berkata operasi turut disertai Unit Skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Kemaman.

“Operasi malam tadi terpaksa dihentikan pada pukul 3.15 pagi kerana cuaca di persekitaran sungai itu sangat gelap dan berkabus.

“Kita berharap operasi pagi ini akan berjalan lancar dan berjaya menemui anggota polis serta suspek tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam kejadian di kampung Durian Mentangau, Dungun malam tadi, anggota polis tersebut, Konstabel Wan Mohd Arif Wan Yahya, 28, bersama tiga lagi rakannya sedang mengejar suspek dikenali sebagai Zam Ayam sebelum tergelincir dan terjatuh ke Sungai Paka.

Suspek tersebut dipercayai terlibat dalam  kejadian kes samun di Kampung Limbong dekat Paka, Khamis lalu. – Bernama

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di