Siakap Keli
Gambar : Jack Ma, The Associated Press

Alibaba Catat Sejarah Baru, Raih RM128 Bilion Dalam Jualan Sehari 11.11

Alibaba Group (Alibaba) mencatatkan rekod baharu untuk acara Satu Hari, dengan jualan 213.5 bilion renminbi (RM128 bilion) dalam masa 24 jam acara beli belah itu pada Ahad.

Nilai barangan kasar (Gross merchandise value) (GMV), angka yang menunjukkan jualan di seluruh platform beli belah gergasi e-dagang China itu, melepasi jualan 168.2 bilion renminbi (US$25.3 bilion) tahuh lepas, yang dicatatkan pada hari berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Daniel Zhang, berkata ini menunjukkan pertumbuhan 27 peratus berbanding 2017.

“Pembabitan keseluruhan ekosistem Alibaba membolehkan jenama kami dan rakan perniagaan berhubung dengan pelanggan seperti yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Untuk masa hadapan, Alibaba akan terus menerajui evolusi ke arah ekonomi digital dan gaya hidup,” katanya pada sidang media, di Shanghai, yang diadakan sempena acara beli belah dalam talian itu yang juga dikenali sebagai gala beli belah 11 berganda (11.11).

Skrin di pentas menunjukkan nilai transaksi Alibaba sepanjang jualan Satu Hari pada 11 November – asia.nikkei

Katanya, kumpulan berkenaan juga akan terus berinovasi menurut kehendak gaya hidup masyarakat yang akan berubah selaras pembangunan teknologi dan model baharu perniagaan.

Zhang percaya, dalam masa 5 dan 10 tahun akan datang, (acara) tahunan 11.11 akan berlainan dan Alibaba akan terus berinovasi untuk melaksanakan perubahan yang dibawa oleh teknologi baharu, tambahnya.

Acara beli belah 24 jam dalam talian yang juga dikenali sebagai Singles’ Day (Satu Hari) itu merekodkan 69.3 bilion renminbi (US$10 bilion) GMV melalui Alipay hanya dalam masa satu jam dan 48 minit.

Acara itu turut mencatatkan rekod baharu kerana 6.9 bilion renminbi keseluruhan GMV dilunaskan melalui Alipay pada satu minit dan 25 saat pertama selepas dimulakan pada jam 12 tengah malam (11 November).

11.11 juga memecah satu lagi rekod kerana mencatatkan 150 bilion renminbi daripada keseluruhan GMV dalam masa 12 jam 8 minit dan 40 saat berbanding tahun lepas (21 jam, 12 minit, 35 saat).

Pada festival 2018 itu, lebih 40 peratus pelanggan membuat pembelian jenama antarabangsa dan 237 jenama yang melepasti 100 juta renminbi GMV, termasuk jenama seperti Apple, Dyson, Kindle, Estée Lauder, L’Oréal, Nestlé, Gap, Nike dan Adidas.

Lazada menyertai 11.11 sebagai sebahagian ekosistem Alibaba, membawakan festival itu kepada pelanggan di Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam.

Lebih 180,000 jenama dari China dan seluruh dunia menyertai acara beli belah itu.

Sumber : Bernama

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di