Siakap Keli

“Saya Dah Warning Tapi Degil,” Mahkamah Jatuh Denda RM100,000 Kepada Pesalah Sebar Munafik 2 Secara Haram

Fenomena Munafik 2 bukan sahaja mendapat tempat di Malaysia malah negara luar seperti Indonesia.

Mula ditayangkan pada Ogos lalu, Munafik 2 pecah rekod dengan kutipan paling tinggi sebanyak RM40 juta dalam masa 17 hari di pawagam

Walau bagaimanapun, kehebatan filem ini telah diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab memuat naik klip penuh filem melalui laman media sosial.

Syamsul Yusof sebelum ini pernah memberi amaran kepada penyebar filem tersebut untuk berhenti namun amarannya diendahkan.

Oleh itu, hari ini melalui Instagram miliknya, Syamsul Yusof memberitahu bahawa Mahkamah telah pun menjatuhkan hukuman kepada pesalah dengan bayaran denda sebanyak RM100,000.

“Saya dah warning sebelum ni jangan sebarkan clip/full movie Munafik 2 di media social, tapi degil. Akhirnya mahkamah jatuh hukum pada pesalah untuk membayar ganti rugi RM 100 ribu kpd pihak Skop Productions.

“Ramai lagi bakal dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan sama sebarkan clip/full movie filem di media social.

“Wahai Finas, wahai kerajaan baru, tolonglah buka mata isu cetak rompak filem tempatan yang tiada kesudahan ni.  Samda cetak rompak tepi jalan atau pun media sosial, kita perlukan undang-undang baru yang lebih ketat.

“Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Asmadi Bin Hussin, Plaintif-Plaintif serta Defendan telah merekodkan perintah-perintah dan hendaklah membayar sebanyak RM 100,000 kepada Skop Productions, dan dihalang daripada melanggar hakcipta untuk filem Munafik 2; memuat naik filem Munafik 2 dalam apa-apa bentuk di dalam media sosial dan platform lain, tanpa keizinan.”

 

View this post on Instagram

 

Sy dah warning sebelumni jangan sebarkan clip/full movie Munafik 2 di media social,tapi degil. Akhirnya mahkamah jatuh hukum pd pesalah utk membayar ganti rugi Rm 100 ribu kpd pihak Skop Productions. . Ramai lagi bakal dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan sama sebarkan clip/full movie filem di media social. . WAHAI FINAS,WAHAI KERAJAAN BARU, TOLONGLAH BUKA MATA ISU CETAK ROMPAK FILEM TEMPATAN YG TAKDE KESUDAHAN NI. SAMA ADA CETAK ROMPAK TEPI JALAN ATAU PUN MEDIA SOCIAL. KITA PERLUKAN UNDANG2 BARU YG LEBIH KETAT. . @munafik2movie “Taiping, 13 November – Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Asmadi Bin Hussin, Plaintif-Plaintif serta Defendan telah merekodkan perintah-perintah dan hendaklah membayar sebanyak RM 100,000 kepada Skop Productions, dan dihalang daripada melanggar hakcipta untuk filem Munafik 2; memuat naik filem Munafik 2 dalam apa-apa bentuk di dalam media sosial dan platform lain, tanpa keizinan. . #munafik2 #hakcipta Video Credit: @thehitmannazri

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on

Nur Farra