Siakap Keli
Gambar Hiasan

Jangan Ambik Mudah Pada Demam Yang Berpanjangan Kerana Ia Adalah Tanda Awal Kepada Kanser

Sejak beberapa tahun yang lepas angka dan peratusan pesakit kanser semakin bertambah, adakah ia disebabkan gaya hidup kita. Antara kanser yang terkenal di Malaysia seperti kanser payudara, kanser prostat, kanser serviks, dan kanser usus. Kebanyakkan kes yang berlaku, penyakit ini biasanya hanya dapat dikesan apabila sudah berada pada tahap 4.

Kita pernah dikejutkan dengan berita elyana menghidap kanser limfoma. Tetapi mesti ramai yang tertanya bagaimana kanser tersebut dan apa rawatan yang boleh dibuat selain kemoterapi. Limfoma bermula pada sel-sel sistem imun badan kita yang dikenali sebagai limfosit. Limfoma lebih kurang sama dengan kanser yang lain, ia terbahagi kepada beberapa jenis bergantung kepada sel yang terlibat.

Antara tanda-tanda awal penyakit ini, pesakit akan mengalami demam yang berpanjangan tanpa mengetahui puncanya, batuk, sesak nafas, berpeluh malam, keletihan dan berat badan anda turun secara mendadak. Sistem imun ini bertindak sebagai atibodi dan bertindak balas sekiranya badan kita terkena serangan kuman.

Sumber: www.cancer.gov

Apabila sel-sel yang tidak sihat ini terkumpul ia akan menyebabkan pembengkakan dalam nodus limpa seperti leher, dada, atas ketiak, perut dan pangkal peha serta boleh merebak ke organ yang lain contohnya tisu otak, usus, tulang, paru-paru, dan sum-sum tulang. Ini akan mengakibatkan organ-organ penting anda rosak jika tidak dirawat dari awal.

Kanser ini mungkin disebabkan sistem imun yang lemah, obesiti dan sekiranya ada keluarga yang mempunyai kanser anda atau adik beradik berpotensi untuk mewarisinya. Penyakit ini boleh dikesan dengan melakukan ujian darah, ujian nodus limfa, mengambil tisu, CT Scan, dan Magnetic Resonance Imaging (MRI)  tetapi sesetengah kes limfoma mengambil masa yang lama untuk dikesan.

Sumber: www.lwdhf.com

Selain kemoterapi, rawatan radioterapi juga boleh digunakan untuk membunuh sel-sel kanser yang terdapat dalam tubuh pesakit. Rawatan ini juga akan memberi kesan seperti rasa loya, gugur rambut, dan cirit birit. Setiap rawatan, akan memberi kesan sampingan kepada pesakit.

Sebagai pesakit kanser mereka tidak boleh tertekan kerana ia akan mempercepatkan lagi sel-sel kanser itu terus merebak. Mereka memerlukan sokongan yang kuat terutama daripada ahli keluarga.

Sumber: webmdhealthlinemedicalnewstoday.com 

marlya syafikah