Siakap Keli
The Malaysian Times

”Adakah Umat Islam Begitu Lemah?”, TS Musa Hassan Persoal Pihak Tertentu Pertikai Cara Hidup Islam

Pelbagai isu yang timbul, akhirnya Bekas Ketua Polis Negara melalui kemas kini di laman twitternya bangkit mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang dilihatnya semakin berani menyentuh sensitiviti umat Islam kebelakangan ini.

Ujarnya lagi, pihak-pihak ini dilihat sengaja mempertikaikan cara hidup dan amalan umat Islam.

”Mengapa kebelakangan ini bukan Islam banyak mempertikaikan perkara yang bersangkutan dengan hal ehwal Islam dan cara hidup orang Islam.

”Adakah peraturan mereka sejagat yang mana tak perlu hormati cara hidup orang lain?,” katanya.

Beliau pada masa yang sama juga mempersoalkan sama ada umat Islam di Malaysia pada hari ini lemah sehingga terpaksa berkompromi dalam banyak hal.

Tweet berkenaan pantas mendapat respon netizen yang rata-rata sependapat dengan beliau.

”Umat Islam Melayu lemah kerana berpecah belah. Musuh-musuh Islam mempertikai cara hidup orang-orang Melayu Islam sampaikan ke celah kangkang pun mereka kata ada unsur jenayah. Mana maruah bangsa dan agama ku?,” kata @sanjaf.

”Kita lupa yang kelemahan tu kita cipta sendiri. Kita berlaku zalim dan tidak amanah. Tidakkah kita rasa ini juga sebagai bala yang Allah berikan kepada kita sebagai pengajaran. Orang bukan Islam takkan pertikai sekiranya ruangan untuk mereka berpandangan sinis ditutup,” kata @redsarmy03 pula.

”Kita bagi muka sangat. Naik lemak,” kata @Izwan01521207.

Kebelakangan ini, antara isu-isu sensitif yang dibangkitkan oleh pihak tertentu adalah isu ratifikasi ICERD dan amalan khitan bayi perempuan Melayu Islam.

Sumber : Twitter Musa Hassan

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.