Siakap Keli

(Video) ‘Fun Fair’ Tutup Serta Merta, Remaja Tercampak Keluar Main Permainan Roda Pusing

Klip video mengerikan ini menyaksikan seorang remaja terpelanting di udara sebaik jatuh daripada permainan berpusing di sebuah fun fair.

Melalui rakaman tersebut, kelihatan permainan tersebut sedang berpusing laju dan remaja tersebut dipercayai terkeluar daripada tempat duduknya dan tercampak.

Suara pengunjung kedengaran menjerit apabila mereka menyedari susuk tubuh seorang gadis tergelincir dan permainan itu masih berpusing seperti biasa.

Kejadian berlaku di Ecuador itu kini masih dalam penyiasatan selepas pihak berkuasa mendapat tahu karnival itu beroperasi tanpa lesen.

Karnival ditutup serta-merta selepas insiden itu berlaku dan dipercayai ia disebabkan kesilapan manusia.

Sumber: News au

Nur Farra