Siakap Keli
Gambar : FB Vivo

Kenapa Fungsi ‘Kamera AI’ Pada Vivo V11 Boleh Hasilkan Gambar WOW? Ini 8 Fakta Korang Perlu Tahu Tentang Teknologi Ini

Siri V11 dari Vivo yang dikeluarkan di pasaran tempatan sejak september lalu memang menjadi bualan hangat masyarakat khususnya penggemar gadget. Terdapat dua model yang dikeluarkan dalam siri ini iaitu Vivo V11 dan sebuah lagi Vivo V11i.

Smartphone yang memilik dwi-kamera 12MP + 5MP dengan tambahan f/1.8 serta resolusi 25MP kamera hadapan dengan apperture f/2.0 ini pastinya akan menghasilkan gambar yang berkualiti.

Ditambah dengan teknologi kamera Artificial Intelligence (AI) yang terdapat di dalam Vivo V11, memang tidak salah lagi siri V yang dikeluarkan oleh Vivo ini khusus bagi mereka yang suka bergambar dan kaki selfie!

Kenapa kami cakap macam tu? Apa yang menariknya dengan kamera AI yang terdapat di dalam Vivo V11 ini? Jom kita semak, 8 fakta berkenaan kamera AI Vivo V11 yang buatkan korang tak sabar memilikinya!

1) AI Portrait Framing

Gambar : yugatech.com

Teknologi AI Portrait pada Vivo V11 Pro akan membantu anda dalam mengenalpasti posisi subjek di dalam frame. Ia membantu membezakan subjek dan latar belakang supaya kesan bokeh dalam gambar kelihatan lebih sempurna.

2) Anti-Backlight AI HDR

Gambar : Youtube

Tidak lagi menjadi satu masalah apabila anda mengambil gambar di kawasan terbuka atau membelakangi cahaya. Teknologi Anti-Backlight AI HDR terbaru yang terdapat pada kamera Vivo V11 mampu membuatkan gambar yang diambil dalam keadaan backlight kelihatan sempurna.

Menggunakan teknologi ini, exposure atau jumlah cahaya yang tidak tepat ketika mengambil gambar dapat dilaraskan kembali, sekaligus latar belakang yang gelap di dalam gambar kelihatan lebih cerah seperti asal.

3) AI Low Light Mode

Gambar : Tech Nave

AI Low Light Mode yang terdapat pada Vivo V11 membolehkan anda mengambil lebih dari satu gambar sekaligus menggabungnya menjadi satu agar hasilnya terlihat sempurna dengan hanya satu klik. Teknologi AI yang ada pada Vivo V11 ini akan membantu mengurangkan kadar noise atau elemen kabur pada gambar yang diambil semasa dalam pencahayaan rendah.

4) AI Scene Recognition

Gambar : Youtube

Vivo V11 menggunakan kemampuan AI Scene Recognition untuk mengenalpasti situasi gambar anda. Ia akan memberikan penambahbaikan secara automatik dengan mengenalpasti objek, elemen, dan pemandangan dalam gambar. Sebagai contoh, pada gambar makanan yang diambil, AI Scene Recognition akan meningkatkan warna pada makanan tersebut supaya kelihatan lebih menyelerakan.

5) AI Selfie Lighting

Bagi yang sukakan selfie, ini merupakan pilihan terbaik untuk anda. AI Selfie Lighting akan memberikan kesan pencahayaan yang sempurna kepada gambar. Teknologi ini mampu memahami bagaimana wajah anda berinteraksi dengan cahaya dalam bentuk tiga dimensi.

Paling penting, anda boleh menambahkan kesan cahaya pada selfie yang diambil sesuai dengan apa yang anda inginkan. Ha, lepas ni anda boleh je selfie kat mana-mana walau dalam tempat gelap sekalipun, dengan Vivo V11 pasti tiada masalah!

6) AR Sticker

Gambar : hypemaniaph.com

Kadangkala ambil gambar secara biasa di telefon pun boleh buat anda bosan. Sebab itu lah munculnya pelbagai aplikasi sticker comel yang boleh dimuat turun. Tetapi dengan Vivo V11, anda tidak perlu memuat turun pelbagai aplikasi sticker lagi kerana ianya sudah tersedia di dalam telefon. Buka je kamera dan pilih AR Sticker, mudah!

AR Sticker ini sangat menghiburkan dengan pelbagai pilihan sticker comel seperti kucing, puteri, arnab dan pelbagai lagi karakter comel yang boleh dipilih.

GIF : Gadgetmatch

7) AI Face Shaping

Gambar : Tech Nave

Jika anda rasa tidak cukup yakin dengan gambar potret anda ketika selfie atau menggunakan kamera belakang, jangan risau kerana teknologi AI Face Shapping dalam Vivo V11 mampu mengubah bahagian hidung, mulut, dan mata anda. Hasilnya gambar potret yang diambil akan terlihat sempurna tanpa kesan ‘beauty’ yang berlebihan.

8) Funmoji

Nak rasa lebih fun menggunakan kamera anda? Funmoji pada Vivo V11 adalah pilihan yang terbaik! Teknologi Funmoji ini boleh mengikut ekspresi wajah anda dan kemudian menukarnya menjadi 3D emoji peribadi anda sendiri. Emoji ini akan keluar mengikut pergerakan pengguna dengan terdapat pelbagai pilihan karakter comel untuk dipilih. Barulah gambar anda lebih ceria!

Harga Cantik Dengan Pelbagai Tawaran Menarik

Berapa harganya? V11 dijual pada harga RM1,699 dan V11i pada RM1,099. Pembeli turut ditawarkan dengan hadiah menarik sebaik membuat pembelian buat mana-mana produk siri V.

Kat mana nak beli?

Boleh ke mana-mana Vivo Concept Store atau collaboration partners store seperti Senheng/senQ, Courts, Chan Furniture, Harvey Norman, AEON atau pembelian secara online di www.vivostore.com.my mahupun di Lazada, 11street, Shopee, LMall, Ezbuy, dan Aladdin Street. Jom dapatkan segera!

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.